Posted by: Nurul Nazihah | Ogos 25, 2010

Haramain : Umrah & Ziarah

Bismillahirrahmanirrahim…..

yang dirindui

Alhamdulillah wa syukru lillah…. atas rahmatNya kami diberi peluang merasakan pengalaman manis ini.. Walaupun banyak sekali dugaan dan rintangannya. segala puji  buatMu ya Allah…

1-2 minggu yg lepas, ketika sahabat2 lain bertungkus lumus utk exam, kami turut sama menambah kesibukan ,menguruskan urusan2 ke tanah haram.. macam2 perasaan, excited, takut, gembira, sayu…macam2. Tarikh flight yg bertukar2, semuanya kelihatan tidak pasti.. Dan hari yg dinanti2 tiba… sepetang sampai isyak kami di airport… namun, belum ada rezeki… semua pulang dgn perasaan bercampur baur… Nak bagitahu parents pun, takut risau… takpe, tunggu sehari dua macam mane… 2nd day, still x dapat ape2 berita… semua masih berharap walaupun dalam kesedihan…3rd day, menanti lagi… tapi bila dah petang, saya rasa semua dah start redha, maybe xde rezki thn ni… pujuk hati “xpe, dok mesir pon boleh manfaatkan ramadhan… boleh start kelas arab n talaqi awal sket” ..dah plan nak call mak gto kisah kitorg…lepas berbuka, solat maghrib… ingat nak g gami’ ibrahim terawih… then dpt call… -Bergerak ke airport dalam 30 minit!!! Alhamdulillah Ya Allah… saat redha dah mula dirasai oleh semua, Allah hadiahkan perjalanan penuh bermakna ini…xtau nak kata ape dah time tu… doa je bnyk2 sume lepas…dan setelah beberapa jam… akhirnya semua pun fly dgn selamatnya, dan sampai ke Jeddah…

Alhamdulillah, umrah dapat diselesaikan dgn baik… mmg best tawaf, saei, solat, terawikh n iktikaf di Haram ni… perasaan yg best… walaupun sgt panas dan ramai org… berbuka dgn air zamzam sejuk n kurma mmg best… terbayang2 air zamzam, especially time tgh saei… 🙂

Teringat kata2 seorang senior, g haji or umrah ni jg cerita2 sgt kat org… kita bukan g berjalan2, kita g buat ibadat…hmm,, betul.. dan saya pun di sini hanya ingin berkongsi perkara2 menarik sepanjang di tanah haram…bukanlah untuk bercerita detail amal ibadat di sana… segala perasaan n perbuatan dalam ihram itu, biarlah ia menjadi cerita peribadi antara saya dan Allah sahaja…

Bermacam2 orang kita jumpa di sana… especially Ramadhan, bilangannya berlipatkali ganda.. yang tua, yg muda, yg cacat, yg sihat, yg hitam, yg putih… semua ada… semua pun datang ke tanah haram, berkorban masa, tenaga dan wang demi mencari rahmat dan redha Allah… kalau tgh penat bersaei tu, kdg2 malu tgk pakcik2 yg tua2 pun laju masa kawasan lari2 anak… yg bertongkat dua, kaki sebelah x guna, pun lagi laju dari saya… Ya Allah beri aku kudrat sekuat mereka…

Suatu hari, saya berbuka di dataran luar Haram… dah penuh time tu.. penat cari tempat, xde.. makcik2 sume x kasik… saya geram n marah time tu… kedekut betul2 makcik2 ni… then dpt la 1 tmpt.. duduk2 terus azan… astaghfirullah…. orang sebelum buka tu mustajab doa… saya pulak kumpul dosa duk mengutuk makcik2 tadi… astagfirullah…

Selesai terawih selalu tgk kaabah dari tingkat atas… tenang je… ramai sgt org tawaf waktu malam, sejuk sedikit agaknya… kelihatan juga orang bertawaf dari tingkat 2… hebat.. jaraknya berganda2 jauh drp tawaf di bawah, dan yg di atas ni biasanya tolak orang atas wheelchair.. basah baju yg menolaknya… doa di hati, Allah kuatkan kudrat saya jika ditakdirkan mak n abah ke haji dlm keadaan yg kurang berkudrat, dan saya yang akan menolak mereka…

Mutawif pesan, kalau tgk org2 bangsa lain eg: india n kwsn sewaktu dgnnya… xyahlah ngutuk dalam hati… apela dorg pakai tudung nampak2 rambut, etc… doakan amalan dia dan amalan kita diterima Allah… maybe dorg belajar xpe kot pakai cmtu… [tapi org2 arab tegur je pon dorg2 ni time tawaf or saei]… Kadang2 saya x dpt menahan hati drp merendah2kan sesuatu bangsa ni… cthnye org bangladesh ke, india ke… kdg2 geram dorg bising ke… marah2 kita ke.. maybe sbb ngr dia miskin, kotor, kita pandang rendah dorg… Namun, kita x tahu… macam2 kita fikir buruk ttg dia… entah2 amalan dia lagi baik dari kita.. entah2 amalan dia lagi ikhlas dari kita… entah2 amalan dia yg Allah terima drp kita… sesungguhnya Allah tak melihat pada rupa dan tubuh seseorang, melainkan hatinya…

Berkenaan dam, kdg2 kita fikir xpeje nak langgar… bayar berapa je pun… itulah… kita lupa, yg letakkan larangan dam tu Allah.. maka kita seboleh mungkin kena hindari… mmgla perkara biasa2 je pun… rambut, minyak wangi… tapi kat sini Allah nak uji kita… lain perasaannya kalau umrah yg dibuat kena dam, dgn yg xkena dam…

selesai tawaf wada' , tawaf terakhir sebelum meninggalkan Mekah

Makkah alMukarramah

Nama2 lain: Makkah, Ummul Qura, Bakkah, Albaladah, Albadiah,Baladul Amin

Keluasan 500+ X 300 km persegi… macam mana dimark keluasan tanah haram ni? dulu2 batu hajarul aswad ni bercahaya.. maka, sampai mana cahayanya sampai, sampai situlah tanah haram… namun, setelah disentuh tangan2 manusia yg berdosa, hitam jadinya batu itu… tapi di dalamnya masih putih ..

Masjidil Haram mmg cantik… tenang berada di dalamnya… saya bersyukur kami ke Makkah dahulu… sbb kita dah sayang kat Haram ni… baru jumpa Masjid Nabawi yg lagi cantik dan sejuk tu.. so sayang tu x tergugat 🙂

Di Makkah, kami sempat berjaulah/lalu ke Jabal Thur, Wadi Uranah, Masjid Namirah, Padang Arafah, Jabal Rahmah, Muzdalifah, Wadi Muhasir, Mina, Jamraat, Ja’ranah, & Jabal Nur n gua Hira’, ladang ternakan unta, Hudaibiyah.

-Wadi Muhasir : tempat Ababil turun masa Abrahah nak serang kota Mekah dulu… kat sini Nabi akan lalu / jalan laju2 sbb dia adalah tempat Allah turunkan bala/laknat.

-Jabal Nur & Gua Hira’ : Kami ke sana selepas terawih… seriosly saya igt x tinggi… rupa2nya JabalNur ni yg tertinggi di kota Makkah… penatnya nak sampai atas… tapi fikir nabi boleh naik tiap2 malam… nak jugak sampai sana… Alhamdulillah sampai jugak …

Madinah alMunawwarah

Haramain kedua… bandaraya nabi kita… mmg lagi cantik drp kota mekah, maybe sbb tanah dia rata… nampak luas dan lapang… berbanding dgn makkah , kota bukit batu…

Masjid Nabawi sgt moden… fully airconditioned… payung2 kat luar sgt cool dan comel… ada yg fully opened, ada yg half, ada yg tertutup…

Raudhah di pinggir masjid, kecil saja… sayu hati berada di situ… jarak tiang ke tiang pun kecil saja… terbayang tiang2 itu dulu cuma batang pokok kurma…

Di Madinah kami  berpeluang menziarahi/ lalu ke Masjid Quba’, ladang kurma, Masjid Qiblatain, Bukit Uhud, Khandaq, dan Jabal Abyad

Masjid Quba’ : Masjid pertama Nabi bina… Sabda Nabi, sesiapa yg berwuduk dr rumahnya dan solat 2 rakaat di masjid Quba, pahala seperti mengerjakan umrah… Nabi selalu ziarah Quba pada hari sabtu

Masjid Qiblatain: Al-Baqarah (143-145)

Uhud : Bukit Uhud panjangnya lebih kurang 6km, Jabal Rumah(Bukit Pemanah) dan maqam Syuhada’ Uhud…Luas dataran peperangan Uhud ini.. terbayang Rasulullah dan sahabat2 berperang…

Jabal Abyad : Tempat ini baru dijumpa, tempat rekreasi org2 arab.. tanah dan bukit bukau sekeliling… yg menariknya,tanahnya mempunyai tarikan magnet yg kuat… Bas terpaksa tekan minyak kuat sket utk melawan tarikan magnet itu.. Demo dibuat, ketika di hujung kawasan ini.. dan menuruni bukit… gear di free kan…bas ditarik ke atas bukit( ke center of the magnet)… Subhanallah, ajaib kan…

Khulasoh

Segala dugaan dan ujian kami bermula dari perjalanan pergi, sampailah pulang ke Mesir… semuanya ada hikmahnya… Bak kata ustaz, muhasabah diri balik… semua ini berlaku ada sebabnya.. maybe ada kesalahan2 yg kita x sedar dah kita lakukan… apapun, semua inilah yg akan menjadikan perjalanan ini the most memorable one. 🙂

Setenang2 bumi haramain, perlu kembali ke bumi asal juga.. ardhul kinanah itulah medan sebenar kami… ke haramain utk mengutip bekalan ruhi ibadah2, utk dibawa pulang menjadi kakuatan… mengutip dan mengambil pengajaran peristiwa2 penting dalam Islam, danmengambil semangat nabi dan sahabat2… buat bekalan di bumi kinanah ini… Rindu hati ini.. doa kami untuk kembali bertamu di sana suatu hari nanti…

Alhamdulillah wa syukrulillah 🙂

p/s: gambar2 ada di facebook 🙂

wassalam

-azarita-


Respon

  1. best!!!

    jabal abyad eh name die???
    rasenye macam jabal baydho’

  2. oh iyek? hehee… kjojie igt putih jek… ye kot baidhok 🙂


Tinggalkan komen

Kategori