Posted by: Nurul Nazihah | Mei 31, 2010

Buat saudaraku di sana…

Tidaklah sama orang beriman yang duduk (yang tidak turut berperang) tanpa mempunyai uzur(halangan)

dengan orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwanya.

Allah melebihkan darjat orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk(tidak ikut berperang tanpa halangan).

Kepada masing-masing Allah menjanjikan (pahala) yang baik (syurga)

dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang-orang yang duduk dengan pahala yang besar,

(iaitu) beberapa darjat daripadaNya, serta ampunan dan rahmat.

Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.  [An-nisa’ : 95-96]

Assalamualaikum wbt…

Saat ini saudara-saudara kita di sana kelaparan, keperitan dihimpit tekanan dari sang laknatullah…

Di tengah lautan sana pula bertaruh nyawa cuba sampai kepada yang terhimpit di bumi sana…

Hanya doa kami panjatkan buatMu ya Robb, yang Maha Mentadbir, Maha Mengetahui…

Kadang diri rasa tiada erti, tak mampu berbuat apa-apa…

Walau pada hakikatnya, pelbagai cara lagi kami mampu usahakan dan gagahkan…

Wang ringgit, harta benda, media massa, cakna , dan masa…

Moga peka dan semangat hari ini tidak hanya berapi tiga empat hari…

Jangan kerana dosa dan noda kita sehari-hari, kemenangan masih menjauhi….

Moga hati-hati ini sentiasa teringat…mendoakan saudara-saudara ‘jauh’ dalam solat dan doa kami…

Ampunkan dosa-dosa kami ya Allah…

Tenggelamkanlah musuh-musuh kami ya Allah…

Kuatkanlah saudara-saudara kami ya Allah…

Ameen ya robbal ‘alamiin…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: