Posted by: Nurul Nazihah | November 25, 2010

Batu…

Assalamualaikum wbt,

Bismillahirrahmanirrahim…

Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras,

sehingga (hatimu) seperti batu,

bahkan lebih keras!

Padahal dari batu-batu itu pasti ada sungai-sungai yang (airnya) memancar daripadanya.

 

Ada pula yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya.

Dan ada pula yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah.

Dan Allah tidaklah lengah terhadap apa yang kamu kerjakan…

-Surah al Baqarah : 75-

Batu Allah umpamakan hati manusia… bahkan lebih keras!!

Batu sendiri Allah senaraikan kelebihan-kelebihannya…

Ayat ini turun selepas ayat perintah Allah kepada bani Israel untuk menyembelih sapi betina..

Di mana Allah rakamkan bagaimana mereka mencari alasan yang pelbagai… dan hampir2 saja tidak melaksanakan perintah Allah itu…

Kemudian bagaimana ada seorang dibunuh dan tidak diketahui siapa pembunuhnya…

Dan Allah perintahkan dipukul mayat itu dgn lidah sapi betina tadi…

Lalu bangun hidup kembali mayat itu memberitahu siapa pembunuhnya..

Barangkali kita melihat jauh sekali perumpamaan ini dgn diri kita…

Bila masa pula kita diperintah menyembelih sapi dan kita ingkar…

Bila masa pula kita membunuh orang yg tidak bersalah…

Maka perumpamaan hati lebih keras daripada batu itu bukan ditujukan kepada kita…

Benarkah sedemikian??

Muhasabah kembali diri kita…

Adakah kita selalu beralasan utk mengerjakan kewajipan kita..

Adakah bermalasan dalam amalan sunat kita…

Adakah mencipta alasan untuk melakukan perkara sia-sia…

Adakah mereka-reka alasan lagi untuk melakukan perkara terlarang…

Tepuk dada tanya lah hati…

Moga Allah lembutkan hati-hati kita…

Moga dibuka hati kita, dikurniakan rahmat dan hidayah…

Moga dijauhkan kerasnya hati kita… Na’uzubillahi min zalik…

Wallahua’lam…

Wasalam…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: