Posted by: Nurul Nazihah | Oktober 29, 2012

Ilmu

Ilmu itu luas, tidak terbatas.

Bukan hanya retorik teori, tapi pada pengamalannya.

Ilmu tanpa amal, umpama pohon tak berbuah.

Ianya pemberian Allah, satu bentuk mukjizat yg perlu dikagumi,

patut menggetarkan jiwa

Bintang bergemerlapan di angkasa raya,

Yang menjadi petunjuk buat sang pengembara,

Bila padam manusia sesat tercari-cari

Itulah orang berilmu, dinisbahkan sebegitu tinggi.

Bacalah dgn nama tuhanmu yg Maha menciptakan

Pada kejadian langit dan bumi dan pergantian malam dan siang itu ada tanda2 bagi org2 berakal

Memahami ayat-ayat inilah yg menjadikan,

Yg paling takut Allah di antara manusia ialah para ulama

Menuntut ilmu itu fardhu ke atas setiap muslim

Fardhu yang bagaimana

Iaitu wajib, sebagai ibadah, dan mendekatkan diri kpd Nya

Ruh ‘fardhu’ itulah menjadi pendorong buat pencari dan penyebar ilmu itu

Ilmu itu sesuci akidah, andai dicari penuh ikhlas

Ilmu itu mendekatkan, bukan menjauhkan drp Allah

Ilmu tak pernah bercanggah dgn akidah

Ilmu selamanya takkan digunakan utk keburukan

Islam dtg mengubah bangsa arab

Daripada hanya bermain kalam dan syair

Menjadi bangsa yg sgt menghargai dan mengembangluaskan ilmu

Betapa kita rindukan generasi pertama dulu

Kini betapa jauh ummat ini dari ilmu

Meletak nilaian wang ringgit

Hingga jatuh harganya tak seperti dulu

Betapa kami perlu petunjukmu Muhammad,

Untuk kembali hebat seperti dulu.

Bait-bait di atas dipetik dan diadaptasi daripada Hadis kewajipan menuntut ilmu, daripada buku Qabasat min ar-Rasul, karya Muhd Qutb.

WA


Tinggalkan komen

Kategori