Posted by: Nurul Nazihah | November 15, 2010

Kisah cinta 3 insan…

Bismillahirrahmanirrahim….. Assalamualaikum wbt… Alhamdulillah summa alhamdulillah summa alhamdulillah… diberi nikmat menghirup udara 9 zulhijjah sekali lagi dalam hayat ini…  Berpuasa hari ini (dalam erti kata puasa yg sebenar2nya) iA diampunkan dosa setahun lepas dan setahun akan datang… Murahnya / Mudahnya Allah nak bagi ganjaran pada hamba2Nya…

 

Ingin berkongsi cerita…

Ada seorang tuan yang sangat baik budi pekerti, pemurah kepada hambanya..

Ada seorang hamba yg sangat tekun dan setia bekerja dgn tuannya…

Tuannya sgt sygkannya…

Hamba mempunyai seorang isteri…

Hamba & isteri diberi hadiah drp tuannya… mereka sgt menghargai & menyayangi hadiah tersebut…

Bertahun2 lamanya hamba & isteri menyimpan dan menjaga hadiah tersebut dgn penuh cermat bagaikan menatang minyak yg penuh….

Suatu hari, tuan meminta kembali hadiah yg pernah diberikannya dulu….

Hamba & isteri dgn penuh rela menyerahkan kembali hadiah tersebut…

Walaupun pada kebanyakan orang lain, merasakan berat utk memulangkan kembali hadiah tersebut…

Kerana kerelaan dan keredhaan hamba & isteri, tuan mengurniakan hadiah yg lebih banyak berlipatkali ganda…

Kata tuan, aku hanya ingin mengujimu , hamba & isteri…

 

Kisah cinta 3 insan

Ibrahim, Ismail & Hajar… nama2 agung yg mencatat sejarah…. Sehingga disyariatkan ibadah saei dan qurban sebagai mengingati kisah cinta mereka… Kisah cinta tertinggi utk pemilik alam ini…

Ibrahim meninggalkan Hajar dan Ismail di tengah2 padang pasir… Ismail yg hanya bayi kecil ketika itu… Tanpa meninggalkan apa2 bekalan… Tanpa teman… tanpa apa2… Ibrahim meninggalkan anak dan isteri kesayangan… Hajar yg sentiasa bersangka baik dgn suaminya yg tercinta… Perintah Allah kah ini? Maka kalau ini perintah Allah, aku redha… Sudah tentu Allah xkan membiarkan aku dan Ismail…. Begitu tinggi tawakkalnya Hajar…

Setelah dewasa, anak lelaki yg disayangi itu disuruh pula menyembelihnya… Sudahlah waktu kecil terpaksa ditinggalkan… kini sudah meningkat dewasa terpaksa disembelih… “Jika ini perintah Allah, maka laksanakanlah wahai ayahku..” ..

Perintah ini xkan terlaksana… tanpa pengorbanan 3 insan ini…

Betapa Ibrahim sanggup mengorbankan Ismail anak kesayangan…

Betapa Ismail sanggup dikorbankan ayah sendiri yg disayangi.. yang pernah meninggalkannya suatu masa dahulu…

Betapa Hajar rela anak lelaki tunggalnya disembelih bukan oleh orang lain bahkan suaminya sendiri…

Betapa besar harga pengorbanan 3 insan ini…

Inilah bukti cinta mereka buat Allah… bukti husnu zhon mereka dgn Allah… bukti bahawa dunia ini bukan apa2 untuk mereka…

Sehingga Allah gantikan tempat Ismail dgn seekor kibas, sebelum sempat Ibrahim menyembelihnya… Subhanallah… Subhanallah… Subhanallah…

 

Eid Kubra

Sempena Hari Raya Qurban yg bakal menjelang esok….. saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Qurban…. Taqabbalallahu minna waminkum… Moga kita mendapat segala rahmat yg Allah janjikan 10 hari pertama Zulhijjah ini… Moga suatu hari nnt, sampai kaki ke tanah suci utk melaksanakan ibadah Haji di sana… Ameen ya Robb!!

 

Moga kembali bertamu ke sana...


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: