Posted by: Nurul Nazihah | Februari 27, 2010

Perginya seorang kekasih…

https://i2.wp.com/1.bp.blogspot.com/_2IASuS8koyk/SrnMmgIXN4I/AAAAAAAAAXw/IWL8fTDE1UA/S226/Stempel+nabi.jpg

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. “Bolehkah saya masuk?”  tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, “Maafkanlah, ayahku sedang sibuk dengan kesakitannya,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian dia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, “Siapakah itu wahai anakku?” “Aku tidak tahu wahai ayah, aku tidak pernah melihat orang sebegitu sebelum ini,” tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. “Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah Malaikatul Maut,” kata Rasulullah.

Fatimah sebak menahan ledakan tangisnya… Malaikat Maut semakin menghampiri, Rasulullah bertanya, kenapa Jibrail tidak ikut bersama. Kemudian dipanggillah Jibrail yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah yang juga penghulu dunia ini. “Jibrail, jelaskan kepadaku hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah. “Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu wahai kekasih Allah,” kata Jibrail.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. “Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” tanya Jibrail lagi. “Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?”.  “jangan khuatir wahai Rasulullah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: “Kuharamkan syurga bagi sesiapa saja kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibrail. Rasulullah menghembus nafas lega…

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik. nampak, seluruh tubuh Rasulullah dibasahi peluh, urat-urat lehernya menegang. “Jibrail, betapa sakit sakaratul maut ini. “Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam… Ali disampingnya menunduk semakin dalam.. dalam dan Jibrail memalingkan muka.

“Jijikkah kau melihatku hingga kau memalingkan wajahmu wahai jibrail?” kata Rasulullah kepada Malaikat penyampai wahyu itu. “Siapalah yang sanggup melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibrail.  Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh kerana sakit tidak tertahan lagi. “Ya Allah, dahsyat sungguh nian maut ini kepadaku, timpakan sahaja semua kesakitan maut ini padaku, jangan pada umatku.. Ya Allah”. Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya tidak bergerak lagi.

Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali mendekatkan telinganya. “Uushiikum bis-shalati, wamaa malakat aimanukum (peliharalah solat dan peliharalah orang-orang yang lemah diantara kamu)”. Di luar, tangis pilu kedengaran bersahutan, sahabat saling berpelukan.. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. “Ummatii.. Ummatti..Umamati..!!”

Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini mampukah kita mencintai dirinya sepertimana baginda mencintai kita?

Allahuma sholli ‘alaa Muhammad wa’alaalihi wasahbihi wasallim.

[artikel diambil dari : http://pembinaperlis.wordpress.com/2009/03/06/perginya-seorang-kekasih/

Kelmarin, ketika dalam perjalanan ke asrama MARA, saya ternampak kedai chocolate dekat asrama tu meriah betul.. ada lori turunkan berkotak2 manisan dan chocolate arab… orang pun ramai beli2 chocolate kat situ… ingatkan ada ape…

Dah malam , masa nak balik rumah dari asrama [from program maulidur rasul], teman syu singgah kedai Halawiyat Misr. Syu nak beli icecream. Saya tengok ramai betul orang kat bhg halawiyat..Sempena maulid nabi ke sume beli manisan ni.. So, saya pun bertanya kpd seorang makcik arab munaqabah dlm kedai yg sama…

-Assalamu’alaik ya haggah..mumkin is’al hagah? (boleh saya tanya soalan?)

-tafadhali ya habibti.

-leih yaum dah, kullu haat bisytari halawiyaat? (kenapa harini ramai beli manisan?)

Makcik itu pun explain kat saya dan syu…lebih kurang mcm ni la– Semua orang beli manisan ni sempena maulid nabi la.. Dah menjadi adat di Mesir utk buat mcm ni.. kata makcik ni, di Cairo lebih meriah sambutannya… Hari maulid nabi akan disambut dgn qiraatul Quran, Zikir, & Halawiyat… Especially kpd kanak2…supaya anak2 ingat yang hari ini adalah hari yg penting dalam hidup kita… Kanak2 antara yg diberi fokus… yg perempuan akan dipakai pakaian ‘arusah[pengantin], sbb nak diorang jadi arusah yg solehah nnt… yg lelaki akan dipakaikan pakaian pahlawan ke, doctor ke, dll… Dgn buat mcm ni, kanak2 takkan lupakan hari ini….

Begitulah panjang lebar makcik tu terangkan kat kitorang… Gembira dia bila kita tanya pasal adat dan budaya dia 🙂 … Makanya, kitorg teruskan berjalan balik rumah… lengang jalan raya, kedai pun banyak tutup… selalunya kalau malam minggu macam ni sesak Mahatoh Raml tu.. Bangga pulak tgk arab, stay kat rumah masing2 celebrate maulid nabi dgn ahli keluarga…

Hebatkan Nabi? Subhanallah, walaupun kita x pernah jumpa walau sekali pun, tapi kita rasa sayang dgn nabi, rasa rindu…. namun rasa sayang dan rindu kita kpd nabi x dpt lawan rasa sayang nabi kat kita… kita yg lalai ni selalu lupa…selalu sgt bermalas2an… sedangkan nabi dah bersusahpayah memastikan Islam sampai kpd kita hari ni…

Kalau tiba2 nabi datang rumah kita, mesti kita segan, rasa tak layak je nak mengaku sayang, sdgkan x terzahir pun dalam kehidupan seharian… sirah nabi pun x lepas… akhlak tunggang-langgang… Bukankah Nabi dah ajar semua tu kat kita? Nabi jadi qudwah kat kita dari segenap aspek hidup kita… sbg anak, ayah, suami, datuk,pemimpin, sahabat, hamba, peniaga, dan macam2 lagi.. Nabi pun dah tinggalkan Quran dan sunnahnya utk jadi panduan kita…

Nak ingat nabi bukan pada hari maulid saja… tapi pada kehidupan sehari2, itu yg lebih penting… maybe boleh try sikit2 tambah amalan kita mcm mana amalan nabi… solat rawatib, ma’thurat, duha, puasa, Quran, zikir… kalau kita tak buat apa yg nabi buat, macam mana nak jadi hebat macam nabi kan? mcm mana nak jadi teman nabi nnt? mcm mana nabi nak kenal kita kat telaga kauthar nanti? Sesungguhnya ketahuilah, bahawasanya, bukan kita yg nabi perlukan, tapi kitalah yg memerlukan nabi…

Semoga kita menjadi salah seorang drp yg disifatkan nabi sbg saudara baginda, yang merindui dan mengamalkan sunah baginda walaupun x pernah bersua muka dgn baginda…

p/s: teringin nak ziarah nabi…

Salam Maulidurrasul

wallahu a’lam

-wasalam-

Posted by: Nurul Nazihah | Februari 24, 2010

Sultan Muhammad al-Fateh dan Pembukaan Costantinople

Assalamualaikum wbt…

Artikel di bawah saya petik drp blog Ust Fauzi http://satuperkongsian.wordpress.com/

Harap bermanfaat dan menambah pengetahuan~~

fatih

HADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”

(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman  Kerajaan Usmaniyah.

Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.

Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.

Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.

PENGENALAN

Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

Baginda menaiki takhta ketika berusia   19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang   negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.

PENDIDIKAN

Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan,   memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.

Guru al-fatih berserban putih di sebelah kuda

Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek,  Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah  matang menangani tipu helah musuh.

KEPERIBADIAN

Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja

Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.

PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE

Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.

Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.

Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.

MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE

Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.

Menara Bergerak

Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.

Bantuan Dari Pope Vatican

rantai merentang teluk horn

Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.

rantai yang digunakan rantai merentangi teluk horn

Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung

Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.

kapal merentasi gunung-laluan coklat di blakang kanan

Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Usmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.

Memanjat dan Melastik Dinding Kota

Keesokan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin   menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.

Karisma Seorang Pemimpin

Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan  telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.

Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.

Penawanan Constantinople

Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana  tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali  Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.

—————————————————————————————-

Menarik kan kisah Sultan Muhammad Al Fateh ni? Indeed, he’s very inspiring… Lengkap serba-serbi, ilmunya sangat tinggi…ilmu agamanya, ilmu peperangannya, ilmu polotiknya, ilmu sosialnya, peguasaan 7 bahasa… Peribadi qudwah… Kekuatan jasadi, Taktik peperangan, pandai menaikkan semangat tenteranya… dan yg paling penting hubungan dgn Allah… Dialah sebaik2 raja yg disebut2 itu…

Bersempena imtihan yg x lama lagi ni, jomlah kita tingkatkan usaha kita…tingkatkan hubungan kita dgn Allah..dan jadi hamba yg terbaik untuk Allah.

Tak rasa nak jadi mcm Sultan Muhammad Al Fateh ke? kalau pada usia sebaya kita, baginda dah berjaya merealisasikan impian umat Islam melihat Constantinople dibuka di bawah panji Islam… kita pula bagaimana?;)

Rabbuna yunajjih fil imthan 🙂

Syudda heilak!!

Wasalam…


Posted by: Nurul Nazihah | Disember 25, 2009

Sepenggal suka duka sbg AJKT Unit Sukan & Aktiviti Luar

assalamualaikum wbt..

alhamdulillahirabbil ‘alamin… atas ni’matnya kita masih lagi berada dalam Islam & iman…atas ni’matnya kita masih lagi menghirup udara milikNya di muka bumi yg luas terbentang ini. alhamdulillah…alhamdulillah…alhamdulillah

Jika lebih setahun dulu saya pernah menulis post ttg jawatan baru yg saya pegang…kini, akhirnya masa yg ditunggu2 telah tiba…dan saya sdg menulis post rangkuman suka duka unit sukan 0809, bersempena perletakan jawatan saya lebih kurang seminggu lagi…

PENGHARGAAN

1) Setinggi ucapan terima kasih saya ucapkan terutama buat ajk2 unit sukan.. Fariez, Laila, Farhana, Sarah, Farizah & Hannah… yg sentiasa sudi menghulurkan tgn berganding bahu melaksanakan tanggungjawab yg diberi… walaupun kadang2 tugas yg diberi agak berat n kelam kabut, namun alhamdulillah kita semua berjaya melaksanakannya… setinggi ucapan terima kasih, tinggi lagi ucapan maaf, andai sepanjang pekerjaan ini ada tertinggi suara, terkasar bahasa, terguris rasa… Asif giddan~~

2) Tidak dilupakan juga buat ajk2 lantikan khas utk beberapa program unit sukan spnjg tahun ini…

*Raya Haji 08 – Minna Ilaikum ~~ Niniyana & anak2 buahnya

*Raya Haji MARA 08 — saya & anak2 buah

*Tautan Ukhuwah 08 – Ainul Farahin & anak2 buahnya

*Minggu Kesenian & Kebudayaan Islam (MKKI) – Anis Suhaila & anak2 buahnya

*Raya Haji 09 – EQ 1430H – Noor Hanun & anak2 buahnya

Terima kasih sbb sanggup terima tanggungjawab ini…walau dalam kekalutan, akwt still dpt laksanakan tugas dgn baik..maaf juga andai ada hak2 yg x tertunai… syukran jazilan…

3) Last but not the least, AJKT2 semua yg bnyk membantu secara langsung atau tidak… Nawwar, Yani, Hannah, Sarah, Sarah Su, Dayah, Ati, My, Syuhada…. Thanx a lot…

Buat yg telah dimention…ni’ma ajrul ‘amilliin… inni uhibbukunna fillah 🙂

KATA2 AKHIR

Buat semua ahli2 PCI akhawat.. terima kasih atas support yg diberikan spnjg thn lepas… jutaan maaf atas segala salah silap & hak2 yg tak tertunai…  (tak tahu nk tulis ape ni)

HARAPAN

Untuk ajk2 yg bakal dilantik untuk sesi akan dtg…rabbuna yusahhil… selamat berkhidmat… moga PCI lebih mantap dan ahli2 PCI pon lebih mantap pada masa akan datang…insyaAllah…

PERMINTAAN

Alhamdulillah…sepanjang 2 tahun lebih saya memegang jawatan AJKT PCI, bnyk pengalaman yg saya timba, suka duka gelak tangis… macam2… alhamdulillah…

Dan KINI, saya rasa dah tiba masanya kita beri peluang kepada orang2 baru utk menerajui PCI…

~~Sampai bila muka2 yg sama sahaja yg berpeluang menimba pglmn menjadi ajk… sepatutnya, kita buka mata dan minda kita melihat sekeliling kita…ramai lagi ahli2 PCI yg berbakat dan layak.. malah lebih baik drp muka2 lama ini… apa yg penting, beri mereka peluang~~

~~Sampai bila kta ingin melihat yg senior @ tua shj yg boleh memimpin… yg muda pun ada kebolehan yg sama… malah mungkin lebih baik… infact, yg ‘tua2’ ni pun dahulu, bermula sbg yg muda juga 🙂

Maka, saya dgn penuh rendah diri meminta jasa baik ikwh akwt sekalian, untuk tidak mencalonkan nama saya pd pemilihan akan dtg… Beri peluang ini kpd orang yg selayaknya…insyaAllah kheir… Jasa baik ikwh akwt sekalian saya dahului dgn ucapan jazakumullahukhairan kathira~~

Sekian…sekali lagi Maaf & Terima Kasih 🙂

~~Selamat mencalonkan harapan2 baru PCI~~;)

Ma’assalamah

-azarita-

Posted by: Nurul Nazihah | Disember 16, 2009

syukur~~

Assalamualaikum..wbt

Bersempena musim exam ni, saya repost ape yg saya pernah post dlm blog friendster saya dulu… moga bermanfaat~~ 🙂

———————————————————————————————

let the story begins:
once upon a time….there was a student,a bright medical student who’s on her/his way to the mid-sem xm. with excellent preparations(study,doa) he/she started the xm with lafaz bismillah…
the time given for the xm was 45 minutes-20 mcq’s. calmly the student answered, question by question.
after finishing,he/she rechecked again the answers…n changed 3 of the answers…
then,times up–paper was collected..and this student handed his/her paper bi lafz “bismillahi tawakkaltu ‘ala Allah wala haula wala quwwata illa billah”
he/she felt happy finishing the paper but still,with sum curiosity of the answers-were they correct or not..
without wasting any tyme,the student discussed the answers with her/his fellows n looked for the answers in the text book..
as usual..he/she noticed that he/she had 5 wrong answers….and two of them were already correct until the student made up his/her mind to change the answers.. aarrrrrrrrrggggggggghhhhhhhhh!!!!!!!!!
–wut a stupid decision?
–why am i so ‘clever’ to change the answers?
–wut happened to me?
–why can’t i remember the answer just now?
–why…why…???

well..by saying or feeling all these things…the student had done 2 things:
1)he/she forgot to think this way—-”its only 5 out of 20″ how can i be so madly angry n blinded by the 5 and not thanking the rest 15?who are the one giving u the idea(ilham) to answer questions easily n smoothly?its Allah..He can make all ur 20 answers wrong by making u blanked , instead He let u answer 15 questions easily n smoothly…n He just testing u with 5 wrong answers..think 4 the rest of ur friends… maybe they’re worse than u..where is ur syukr here?
==people can easily tell themselves to be patient with problems===but seldomly forgot to feel grateful for ni’mat they’re getting==

2)he/she had denied the tawakkal he/she’d just said…by lafz tawakkal..it means that u r leaving it all to Allah…be ur answers right or wrong…n u need to have redho here…if u r still questening or feel worried bout it…then u still haven’t tawakkal yet…

so,dont blame urself or anything around u once u r not doing well in ur xm or anything… be careful.. i dont mean that u just can leave it like that….well,u can do reflection on ur performance n work harder to get a better result…but once u’d given all the effort, with doa n tawakkal..there should be no more worries…. just leave it to Allah…He’ll take care of the rest..

another point here is…anything happen to you..it is all known by Allah…ur result,ur rizq, ni’mah,problems, trials, n etc…Allah is the one creating us..n surely He knows us better than we are..He knows what’s the best for us..so,eg:when we didn’t had full mark in our xm…maybe its better as if we had full marks, we’ll be riya’..
n also…when we keep praying n asking 4 success,n it didn’t come..maybe Allah wants us to work more n ask more from Him.He loves to hear His ‘abid keep asking from Him..

being a medical student (bright n excellent student)
we’d been accustomed to be perfect in everything we do.. being a perfectionist sometimes make us hard u accept sumthin defective (even there is just a small defect)..i myself felt the same b4..but life is like this..nothing is perfect..except Allah

well…once saying these things to others…i must do it first…telling others also reminding me of my own words…although in fact, i myself are not truly like wut i’d mentioned above…(i also worried for the coming xm results..hhehe)…still i’m improving myself from time to time…hopefully,biiznillah…

so…all da best 4 the exam…
effort-doa-tawakkal-redho……najah insyaAllah–fi dunia wal aakhirah~~

———————————————————————————————-

Well, exam surgery dah lepas 2, ada satu lagi… mmg susah exam tu… mmg sedih jugak… tapi jgn lupa bersyukur dgn pertolongan Allah… jgn lupa jugak reflect balik kesalahan2 kita…

waktu mcq aritu, lps bincg baru perasan sy x nmpk satu jwpn utk satu soalan ni… mmg x nmpk lgsg, xde dlm memori langsung…kuasa Allah nak hijab kita drp nampak sesuatu jwpn tu… bnyk dosa sehari-hari… astaghfirullah~~

mmg susah nak tawakal… tapi kena cuba jugak… caranya, studi betul2..

beza kan situasi2 di bwh:

1-x abes studi + x boleh jawab

2-x abes studi + boleh jwb

3- abes stdi + x boleh jwb

4- abes stdi + boleh jwb

situasi 1 – nak salahkan siapa? nak tawakal pun rasa bersalah sbb x abes usaha.rasa mcm xlayak je nak tawakal..betul x?so…kenala usaha betul2 (terasanya~~)

situasi 2 – rezeki la dpt jwb..tapi kalau selalu sgt mcm ni boleh terleka kita.. boleh jadi malas nak usaha…bahkan boleh timbul riak …na’uzubillah (terasa gak~~)

situasi 3 & 4 – kalau dah abes studi, yakin & tawakal kpd Allah…hati pun senang… boleh jwb alhamdulillah…kalau x boleh jawab pun terima… xdela rasa nak menyalahkan diri sendiri…

makanya~~jom ramai2 baca buku!!! Muslim kena jadi the best~~

Rabbuna yunajjih~~syudda heilak!!!

wallahua’lam

our last day in surgery dept~~

wassalam~~azarita-

Posted by: Nurul Nazihah | Disember 16, 2009

sebatang kapur~~

assalamualaikum..wbt…

dah lama x menulis… post kali ni saya copy paste from blog friendster saya… harap bermanfaat

——————————————————————————————

this evening i was with my colleagues waitin to see the slides of histology section..
while queing, one of my colleagues took one piece of small, short, orange chalk… n wrote my name on the blackboard….just playing n joking with me…b4 she finished writing my name…i’d asked her to stop her action…(of course in a polite manner..hehe)n then she asked me why..is it bcoz she’s writing my name…
i said no..so i began my story to her n the others….

once upon a time…in a gross pathology section,we were asked to come in front to see the doctor presenting n xplaining the jars…while doing so(as i was quite bored n sleepy at that time)..i took a piece of small, short white chalk..and draw sumthing on the board(just a small drawing or some letters)…then i wiped it up…thn suddenly i thought of sumtin..

oowh…i’d done sumtin wrong…how can i use the chalk without permission…and using it unpurposely…just playing around?even though its just a small, cheap chalk…the chalk is still no mine…n i have no right(hak) to use it,unpurposely…..i’ll be question by Allah n will be asked to find the owner of the chalk n ask his permission to use the chalk ,b4 i can be hisaab in mahsyar….

well.back to the present…i askd my colleagues:am i too rigid bout this thing?
but…they all responded positvely to my ‘rigidity’ hehe…

wara’=menjaga daripada perkara syubhat n haram

qissah 1= saidina umar al-khattab ketika zaman pemerintahannya…pernah suatu ketika di mana anaknya telah datang kepadanya pada waktu malam…lalu dia bertanya..urusan apakah yg ingin kamu bicarakan… urusan kerja atau peribadi(kekeluargaan)..maka jika urusan peribadi…saidina Umar akan memadamkan lilin hak kerajaan n menggunakan lilin sendiri untuk berbicara dgn anaknya

qissah 2= ibrahim b adham..pemerintah kota mekah(zaman selepas rasulullah)….beliau tidak minum air dari telaga zamzam walaupun ketika itu dia dahaga…ketika ditanya mengapa..dia menjawab “jikalau aku mempunyai timba,nescaya aku akan minum,(timba yg ada di situ harta kerajaan)

look how peoples in the past can practice wara’…

———————————————————————————————-

back to present~~

teringat haritu masa practical anaesthesia kat OR tgkt 3, dr yg incharge masa tu dr.hazeem. Dia ajar best n sll bagi kitorg try buat n tolong anaesthecist masa induction n recovery. Then, dia panggil kitorg masuk bilik OR yg lain pulak…

some of us choosed to stay with the 1st operation, while me n 5 others choosed to follow the dr. we wait outside at the foyer , waiting for him to signal us to come in… so, mase tunggu tu x buat ape2la..

then dr keluar, tgk kitorg dok c2…

dr-“why are you wandering around like this?”

us-speechless (kitorg tunggu dia panggil masuk td)

dr-“u guys still have 5-10 minutes, u can enter any of the OR n learn sumtin. Fi yaumul qiamah, Allah would ask you, what are you doing with ur 5-10 minutes today?..n u will answer–I just wandering around?”

us-speecless lagi (bagusnye dr ni-kagum~~)

dr- “once i was in ur age, i stay in the OR n learn from everyone there

-learn how the nurses preparing the instrument

-learn how the drs scrub b4 the operation

-learn how anaesthecist prepare the patient

-learn all tru the operation(skills, steps, complications)

-learn how the pakcik2 clean the OR after the operation

us-speecless again (nodding agreeing, kagum betol dgn dr)

WELL, what i want to stress here is… every single thing we did (a good or a bad one) will be asked by Allah… so, berhati-hatilah dlm setiap amalan seharian kita…

wallahua’lam~~

-azarita-

Posted by: Nurul Nazihah | November 11, 2009

4th year

Assalamualaikum wbt…

Colorectal Surgery Unit, Surgery Dept.

Cabaran baru, fasa hidup baru…

Langkah harus diteruskan…

IMG_1092

perjalanan harus diteruskan

Rabbuna yusahhil….

wassalam

-azarita-

Posted by: Nurul Nazihah | November 11, 2009

Malaysia: Coretan Aidilfitri~~

Bismillahirrahmanirrahim….

Alhamdulillah..setelah 2 tahun di perantauan, saya berpeluang pulang berhari raya di kampung halaman… dan insyaAllah 2 thn lagi kot baru balik semula ke Malaysia.. Maka cuti kali ini saya habiskan kebanyakannya bersama keluarga & peluang hari raya kali ini saya manfaatkan menziarahi sebanyak mungkin sanak saudara, jiran tetangga & rakan taulan… Jiran2, tok2 sedara, mak2 sedara sume tanya, mana dia org Mesir :)… sume ingat kat saya…

DSC02815
qiah & hude- buka puasa di Mines
DSC02816
wawa & fatin
cam abah 008

kakyun & adik di pasar Ramadhan

cam abah 027
family potrait
cam abah 031
family potrait 2
cam abah 032
mak abah
cam abah 034
happy to see a new you kakyun 🙂
maternal family

maternal family

lil cousins n tok

cam abah 066

paternal cousins

cam abah 128

adik2 kembar kpd adik

cam abah 158

makan di RFC

cam abah 003

kawan2 SMKAP

cam abah 045

Jijah dtg beraya di rumah

DSC02863

baiti jannati

Alhamdulillah dah recharge family support…buat bekalan menyambung perjuangan di sini… InsyaAllah nak recharge energy secukupnya di Mesir buat bekalan ke medan sebenar di Malaysia kelak…

Allahu musta’an

Wassalam

Posted by: Nurul Nazihah | November 11, 2009

Malaysia : Attachment

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum wbt… selawat & salam ke atas junjugan besar Rasulullah saw.. Alhamdulillah atas nikmatNya kita masih menarik nafas di bumiNya.

Atas nikmatNya juga saya berpeluang pulang ke Malaysia setelah lebih kurang 2 tahun di perantauan…Atas nikmatNya juga saya kembali berpijak di bumi kinanah Mesir bagi menyambung pengajian di sini…

Post kali ini saya nak berkongsi pengalaman saya menjalani attachment/ elective posting di Malaysia… Tempat: Hospital Tuanku Fauziah, Kangar.. Department : Paediatrics, Emergency & Medical… Duration : 2 weeks.. Elective posting ini terpaksa saya jalani pd bulan Ramadhan, kerana tiada waktu lain yg mengizinkan… Nawwar , syarifah (Cairo) dan Zahrah (Indonesia) menjadi teman saya di hospital.

Hari pertama mak saya hantar dan ambil.. tapi untuk hari2 berikutnya saya drive sendiri ke hospital 🙂 (perjalanan ke hospital cuma 5-10 minit) Mungkin sesetengah org rasa xde pape drive.. 😉 tapi sebenarnya ini kali pertama saya drive tanpa abah saya teman.. dulu saya penakut, padahal lesen saya ambil sejak lepas SPM lagi…thn ni baru betul2 bawak kereta…itupun saya akan keluar lepas pukul 8 pagi (nak elakkan jam) dan parking jauh sket (spy sng nak keluar)..maklumlah, x cekap sgt… eventhough mcm tu…:) saya rasa bersyukur dan berbangga jugak kot dgn diri saya yg dah berani lwn rasa penakut bawa kereta tu… sampai bila pun xkan cekap kalau x bawak sendiri…  ;)…

Paediatrics dept

My 1st 4 days di Paeds dept…Dr Jamal , Dr Nasir , n Dr Lim ialah dr2 pakar di situ yg bnyk mengajar saya, selain dr2 MO dan HO yang lain… And surprisingly, ada 2 org HO di situ yg baru grad from Cairo Uni… so diorg bnyk juga share pglmn jadi HO… Kata diorg jangan risau la , even kita (Egypt’s grads) mcm kurang sket practical…itu semua boleh belajar time HO… terus-trg je dgn dr kalau ada ape2 yg kita x tahu or x pernah buat…but at the same time show ur enthusiasm n willingness to learn…kata diorg lagi, biasa la kena marah n so on…that’s the part n parcel of life… nama pun HO…

Tapi saya rasa, HOs n elective students mcm saya ni bertuah kerja or attach di GH(general hosp)…sbb dr2 mostly baik2 belaka…compared to teaching hospital (university hospital), dr2 situ dah biasa dgn students, so dia mcm garang sket kot..:) (atleast my few friends and i think so)

Apart from ward round, i also got the chance to join these HO in their CME session..CME stands for Continous Medical Education..mcm seminar, prepared by one HO, attended by other HOs and evaluated by Senior doctors.. everybody (the presenter n the audience) will be evaluated… [feel like assignment kat sini pon ada]… and on the day of the CME, as I was there, so i’m also included in the Q&A session…cuak juga , sbb setiap org kna prepare satu soalan.. Mmg la tajuk IRDS je pon…tapi IRDS itu tahap dr2 dah… nama ubat n dose2 sume… berpeluh saya merekacipta soalan…n at the same time, i was hoping that anybody could defend that i was just an elective student (in fact, not a clinical stdnt yet).. sampai turn, saya terpaksa tny juga soalan yg sy reka tu…then only the doctor realized that i was just a stdnt… anyhow, he responded quite well…katanya…”its good enough for a 3rd year student to be able to ask this kind of Q” heheeh…lega…

Emergency dept

DSC02842

My next dept was the A&E dept… situated at the new building..so cantik sket la… the day nawwar n i had to register, nawwar had to bring her sis to the dentist, so i myself went there to register… i met with the head of A&E dept, Dr Ida Hazliza… i was quite nervous , but her warm descent smile and greeting felt very welcoming to me… n guess what’s next…

Dr Ida (aka the head of dept) sendiri yg bawa saya jalan2 dlm emergency dept tu, kenalkan pada setiap unit, kenalkn pada HOs MOs, paramedics n the nurses…”perkenalkan, ni ada stdnt dari Mesir ,Nurul Nazihah Mohd Nor akan buat elective posting kat sini..harap semua dpt bantu dia” … sounds very welcoming right…

A&E consists of many subunits(subareas)… beginning with the operator..comprising  the public connection, the big, precise map of Perlis n Northern Kedah, and the special connection whre the operators can communicate directly with policeman and firemen team…

On the other section, after reception, vital signs of patients will be recorded, before proceeding to the next door. then, the patient will proceed to the semi critical zone and the process of stabilizing the patient is performed.. lab and radio xm will be ordered for these patients and while waiting for the result, they’ll be placed in the temporary wards which is still inside the same A&E unit…after the result is ready, the patient will either be admitted to ward or discharged.

For highly emergent condition, the patients will directly enter the critical/ red zone..the alarm will be ringed, so that all the doctors will rush there to resuscitate the patient..

Actually the best dept i practiced is this A&E dept…well, once i told her that we were a bit lacking these practical works (like setting lines, blood withdrawal, suture n etc) she assured me that i can do them all here… “Kami akan pastikan awak boleh buat prcedure2 ni dlm masa 4 hari awak di sini” hehhee….Selain tu, di Emergency, kita akan dpt variety of case… mcm2, emergency hypertension, cardiac, accident, stroke, abortion, snake venom, appendicitis, fainting, n etc…medicolegal cases pun ada, kes gaduh, kes rogol pun ada…bulan2 puasa pon ada..

Among procedures yg kami sempat buat ialah line setting and blood withdrawal… yg lain (suture, male n female CBD-catheter , nasogastric tubing n so on) sempt blajar tgk je, x sempat buat…

DSC02841

we're wearing mask due to the H1N1~~

DSC02828

Nawar set line kat tgn saya --in Malaysia it is called branula

DSC02833

saya set line kat nawar --in Egypt it is called cannula~~

DSC02836

dr x benarkan kitorg buka branula tu, maka patients pun bertanya "Awat doktor pakat ada sorang satu?" 😉

DSC02846

the red zone

DSC02848

the emergency instruments

well, elective posting ni mmg bnyk bagi saya pglmn baru… a new intro to our new clinical world… chayok2 thn 4….

Rabbuna musta’an

wassalam…

Posted by: Nurul Nazihah | Ogos 6, 2009

Sudah setahun…

Bismillahirrahmanirrahim… Assalamualaikum wbt..

Sudah lama saya tidak menambah isi baru di blog ini.. bukan tiada yg ingin dikongsi, tapi saya bukan jenis yg dpt menulis dalam keadaan kelam kabut. Hari ini, terasa nk share sesuatu, n alhamdulillah lapang pulak malam ni.

Imtihan dah selesai…alhamdulillah.. PMPI pn dah selamat berlangsung.. alhamdulillah…PMPI kali ini mmg banyak mengajar saya pengalaman baru.. juga dapat mengenali akhawat dgn lebih rapat..dapat mandi laut dll… alhamdulillah…

Ummu Atiyah

Ummu Atiyah

Bait Rayyan

Bait Rayyan

SUDAH SETAHUN

apa yg sudah setahun? sedar tak sedar, sudah lebih kurang setahun saya menulis blog ini.. tahun lepas, pada waktu lebih kurang mcm sekarng ni la saya mula menulis.. iaitu waktu Ramadhan hampir menjelang tiba.. Kalau dulu saya mula menulis sbb excited nak share ttg Ramadhan kat sini, sekarang pun sama sahaja.. Cuma bezanya, tahun lalu saya menyambutnya di Mesir, tapi tahun ini di Malaysia..

“Cuma”…bunyinya seperti sekilas sekali perbezaannya..namun saya sedar yg Ramadhan di Mesir dan Malaysia sgt berbeza… Saya stay dan balik agak lewat, cuba mencari dan topup kembali kekuatan berhadapan dgn medan Malaysia… Jangankan nk berdepan dgn orang lain, diri sendiri pun belum pasti sekuat mana di tanah air nanti…

Petang tadi sebelum berbuka, saya sempat ke Darul Da’wah dan Darul Atfal di Mahatoh Misr mencari cenderahati2 utk dibawa pulang ke Malaysia.. Tidak dilupakan membeli poster2 dan fannus2 untuk menghias rumah sempena menyambut Ramadhan…Ahlan Ya Ramadhan!! Barangan yg saya beli utk orang2 Malaysia ialah keychain2 comel dgn kata2 taujihat… sticker2 Ramadhan , dan kutaib2(booklet) Ramadhan… Rasa best pulak kalau dpt share ape yg ada di sini dgn org2 Malaysia…

Berjalan2 lagi mencari brg2, baru teringat nak beli buku hadis matan arba’in.. niat di hati nak mengulang hafazan hadis2 ni di Malaysia nnti… singgah di satu maktabah

“assalamualaikum, ‘aizah matan arba’in” — salam, saya nak matan arba’in

“‘alaikumsalamwbt, nawawiah?” —wslm, nk matan arbain imam nawawi ke?

“aiwa”–ya

“enti ‘aizah el syarah au el matan bass?” –kamu nak syarah atau matannya sahaja

“matan bass” —matan sahaja

ammu(pakcik) itu pun mencari kutaib2 yg ada, lalu menyerahkan kepada saya..

“bi kem” — berapa harganya

“geneh”– segenih(1 egyptian dolar)

“geneh???”

Terkejut saya dgr harganya cuma segenih..masyaAllah murah sekali… di rumah pun ketika membelek2 buku Qawarib Annajah saya tgk harganya cuma 9 geneh… Sememangnya buku2 di sini sgt murah harganya.. Betullah kata org Mesir ni lubuk ilmu..Nak dgn x nak je…

BAHTERA

Sesungguhnya bahtera yg ingin dilayari itu menuntut penumpangnya melengkapi diri dgn pelbagai sifat dan bekalan… antaranya ialah ilmu.. Dan ilmu itu tidak dtg bergolek…kenalah mencarinya..kena selalu dan banyak membaca… saya menyeru DIRI sendiri dan sahabat2 banyakkan membaca… ini kelemahan saya, malas membaca… tapi kelemahan xkan jadi kelemahan selama2nya…diri sendiri yg kena berubah…

Cuti di Malaysia…cabaran paling BESAR yg dihadapi semua ialah MASA LAPANG… maka sebelum pulang lagi dah kena ada checklist dan target ape nak buat di Malaysia nanti… dan insyaAllah kena ikut dan cuba realisasikan target kita tu…insyaAllah…

Ramadhan

Just nak share satu part from poster2 yg saya beli tadi…

Ramadhan :  ‘ilaj qalbaka (rawat hatimu)

mau’id(appoinment) : 24 saa’ah towari (24 jam wad kecemasan)

7 ayyam usbu’an (7 hari seminggu)

Kenangan terawikh di Gami' Ibrahim, Alex

Kenangan terawikh di Gami' Ibrahim, Alex

Sekian, selamat menyambut kedatangan bulan mulia Ramadhan

Marhaban ya Ramadhan

-azarita-

Posted by: Nurul Nazihah | Jun 18, 2009

5S – Propaganda Yahudi

DSC02106

5S – Propaganda Yahudi. Sudah tentu ramai di kalangan kita yang pernah terdengar atau terbaca tentang 5S ini. 5S yang dimaksudkan ialah Song, Spirit, Sex, Sport & Smoke. Jika diamati, sebahagian daripada perkara-perkara ini adalah perkara biasa dalam kehidupan kita sehari-hari. Lalu apa masalahnya? Sesungguhnya, inilah yang dinamakan propaganda, sesuatu yang dicipta dan telah menyusup masuk ke dalam budaya kita, dan menjadi sebahagian daripada hidup kita. Sehinggakan kita merasakan terlalu biasa melakukannya, dan terasa janggal, asing dan kolot sekali untuk meninggalkannya. Benarkah? Baiklah, mari sama-sama kita kupas satu-persatu isu ini.

Song

Concert Stage

Song di sini adakah hanya merujuk kepada lagu sahaja? Semestinya tidak. Ia merangkumi lagu, filem, game, anime dan sebagainya. Dengan kata mudahnya sebarang bentuk media dan hiburan. Timbul persoalan lain. “Ala, takkan tu pun salah? Bukan buat dosa pun..” Memanglah tak salah. Namun, apa-apa perkara pun yang hukumnya harus, bila dibuat secara berlebihan akan membawa mudarat. Kalau terlalu leka dengan hiburan sampai menjadi lalai, mengabaikan ibadat dan pelajaran…itu sudah salah. Usahlah merungut jadi pelajar medik tak cukup masa nak ulangkaji dan tak ada masa nak buat kerja lain (kelas Quran, kelas Arab, tafaquh agama, ziarah sahabat) kalau tengok movie dan main game boleh sampai tengah malam.

Selain berupaya melalaikan kita, majoriti daripada hiburan mengandungi unsur-unsur yang sangat keduniaan, memuja wanita secara berlebih-lebihan, pornografi, keganasan dan lain-lain lagi. Bahkan banyak juga hiburan zaman kini yang tiada motif atau mesej yang ingin disampaikan. Hanya untuk keseronokan semata-mata.Sedar atau tidak, unsur-unsur sebeginilah yang melemahkan jiwa dan ingatan kita. Sehari setitik hitam, lama-lama hitam dan keraslah hati kita. Ilmu itu cahaya, dan cahaya takkan masuk ke dalam hati orang yang berbuat maksiat.

Lihatlah kebijaksanaan Yahudi. Mereka tidak perlu berhabis jutaan wang untuk memangkin industri hiburan di seluruh dunia. Cukup sekadar menjadi perintis (pioneer/initiator) memperkenalkan hiburan dan trend saban hari, seluruh dunia mengikut jejak mereka. Bahkan setiap negara itu sendiri yang akan berhabis mengeluarkan modal untuk memajukan industri ini. Bijak…bijak… Semua ini melahirkan manusia yang hedonistik, yang hanya tahu berseronok, yang tidak ambil peduli hal orang lain, hanya mengira makan minum sendiri sahaja. Usahkan berbicara tentang pembebasan Palestin, Palestin itu apa pun entahkan tahu entahkan tidak.

Spirit

Whiskey

Spirit di sini bermaksud minuman keras yang memabukkan-alcohol/arak. Apa bahayanya alkohol/arak ini? Sirah Sahabiah telah merakamkan betapa bahayanya arak ini. Dikisahkan anak Saidina Umar telah menghadiri satu majlis keramaian. Di majlis itu dihidang arak. Dia dipelawa minum arak itu, tetapi ditolak oleh anak Saidina Umar kerana tahu akan haramnya arak. Rakan-rakannya tidak putus asa dan mempelawanya lagi, sedikit sahaja, kata mereka. Anak Saidina Umar pun minum sedikit dan beliau telah mabuk. Dalam perjalanan pulang, dia telah berzina dengan seorang wanita kafir. Wanita itu telah mengandung dan setelah melahirkan anaknya, dia pergi menuntut haknya kepada Umar. Setelah memastikan kebenaran kata-kata wanita ini daripada anaknya, Umar sendiri yang menjalankan hukuman sebat 80 kali ke atas anaknya. Anaknya yang sedar akan kesalahannya dan telah insaf berulang kali memohon ampun daripada bapanya, namun Umar tetap tegar menyebat anaknya sehinggakan anaknya itu mati di tangannya. Diceritakan Umar telah bermimpi melihat anaknya berjalan bersama Rasulullah kerana dia terlepas hukuman akhirat kerana telah dihukum di dunia.Wallahua’lam.. Lihatlah kenapa Islam mengharamkan arak ini..kerana ia mencetuskan mudarat yang bersambung-sambung dan menjejaskan bukan sekadar diri sendiri malah orang sekeliling kita.

Sebagai pelajar medik juga, sudah semestinya kita lebih arif akan bahaya dan kesan- kesan buruk pengambilan arak ini. Alhamdulillah tiada kes-kes sebegini yang dikenalpasti di kalangan komuniti kita di Alexandria ini. Namun, kita harus ingat yang medan kita bukan di sini, tetapi di Malaysia kelak. Di Malaysia pengambilan arak di kalangan Muslim bukanlah perkara yang asing malah bilangannya meningkat dari semasa ke semasa. Pada ketika inilah posisi kita sebagai doktor memainkan peranannya untuk memperbetul situasi ini baik dari segi fizikal mahupun spiritual.

Sex

Young couple sitting together

Adakah yang dimaksudkan sex ini semata-mata hubungan seks? Tidak kawan-kawan. Malah ia merujuk kepada perkara sebelum seks itu sendiri, yang membawa dan menjerumuskan kita ke arahnya. Firman Allah bermaksud “Janganlah kamu mendekati zina” sudah cukup jelas menghalangi kita daripada hal ini. Unsur-unsur seks diterapkan dalam lagu, filem, iklan, komik, dan lain-lain lagi dan menjadi kebiasaan dalam kehidupan sehari-hari. Perkara ini dilihat universal tanpa ada sesiapa mempertikaikannya.

Selain media, budaya percampuran lelaki dan wanita dikembangluaskan sehebat mungkin tanpa ada batasan dan sempadan. Islam tidak menghalang berikhtilat, namun ada batas-batasnya. Ikhtilat dibenarkan dalam menuntut ilmu, mengubati pesakit, kenderaan awam dan sebagainya. Selebihnya adalah tidak perlu. Sistem pendidikan yang dahulunya diasingkan telahpun digagaskan untuk dicampurkan, sedangkan telah terbukti kualiti dan kecemerlangan sekolah-sekolah yang sama jantina adalah sangat baik. Lihat sahaja contoh-contoh di tanah air kita sendiri. Sekolah-sekolah premier majoritinya sekolah sejenis, STF,TKC, MCKK, STAR dan lain-lain lagi. Lihat lagi pada ma’had-ma’had tahfiz, kebanyakannya diasingkan pelajar lelaki dan perempuan.

Bagaimana kita boleh berasa bongkak melakukan perkara-perkara larangan Allah dan dalam masa yang sama ingin menuntut ilmu milik Allah? Belum dikira lagi nikmat-nikmat yang kita dapat sehari-hari yang sememangnya tak mampu untuk kita membayarnya..

Sports

sports1

Sukan? “Nak bersukan pun salah ke?” Pernah dengar ‘qoute’ ini?- Letak bola sebiji, beribu-ribu orang tak solat Magrib di stadium..

Bersukan hukumnya harus, dan perkara harus kalau dibuat secara berlebih-lebihan atau tidak kena pada tempat dan masanya akan membawa mudarat. Namun jika dilakukan berpada-pada , tiada masalah. Melalui sukan kita dapat menyihatkan tubuh badan kita, dapat mengeratkan silaturrahim, dapat mentadabbur alam dan lain-lain lagi. Maka, pada ketika ini, ia amat digalakkan.

Namun cuba lihat pula situasi ini. Saya tidak melarang, mahupun mengatakannya haram atau salah. Cuma membangkitkannya untuk difikirkan bersama baik buruknya. Kalau sekadar menonton acara sukan di televisyen atau internet, adakah bermanfaat? Bukan tiada, ada. Contohnya mengambil skil-skil baru, menaikkan semangat patriotik dan sebagainya. Namun, cuba nilaikan kembali, berapa peratus daripada kita menonton perlawanan bola sepak dengan 2 matlamat ini. Kebanyakannya menghabiskan masa hampir 2 jam hanya menonton, bukannya bermain sekali mengeluarkan peluh pun. Malah ada yang leka sampai mengabaikan tanggungjawab masing-masing. Kalau semua tanggungjawab sudah diselesaikan, pelajaran sudah diulangkaji, maka terpulanglah.

Smoke

smoking

Smoke di sini merujuk kepada rokok, syisya dan lain-lain lagi bentuk rokok. Sebagai bakal doktor, kita seharusnya lebih arif akan mudarat dan kesan buruk rokok seperti kanser, radang paru-paru, peptic ulcer, impotence dan sebagainya. Merokok bukan sekadar membahayakan diri sendiri malah orang lain di sekeliling kita yang tidak bersalah juga turut mendapat kesan buruk daripada perbuatan kita. Merokok menunjukkan kita tidak bersyukur dengan nikmat kesihatan yang Allah anugerahkan kepada kita. Selain itu, merokok juga merupakan satu bentuk pembaziran. Sedangkan umat Islam adalah yang termundur dan termiskin dalam era kini, namun masih ramai lagi yang degil dan tegar merokok.

Tahukah anda, siapakah yang mula-mula mencipta rokok? Tidak lain dan tidak bukan Yahudi laknatullah. Rokok merupakan ciptaan paling agung dan paling membanggakan bangsa Yahudi. Selain itu, fakta membuktikan, bahawa tiada satupun syarikat rokok di dunia ini yang tidak dipunyai oleh orang Yahudi. Namun,adakah mereka merokok? Tidak sama sekali. Malahan mereka tidak membenarkan perokok menghadiri majlis dan conference mereka. Lihatlah betapa bijaknya mereka mencipta sesuatu yang memudaratkan orang lain, dan betapa tidak bijaknya kita menghisap rokok ciptaan Yahudi itu.

Snack

ars-snacks2a

Ini merupakan S yang keenam yang saya tambah. Snack di sini saya maksudkan sebagai makanan. Yahudi bukan sekadar menyerang kita dengan 5S di atas, malah turut menyerang kita dari aspek yang tidak terduga, makanan. Dunia dan sejarahnya telah menyaksikan bangsa yang bijak adalah bangsa Arab dan bangsa Yahudi. Namun kebijaksanaan dan kegemilangan bangsa Arab itu adalah sejarah. Yang tinggal kini hanyalah kebijaksanaan yang dikaburi dan ditenggelami kemiskinan, corrupt dan kemunduran negara-negara Arab. Walaubagaimanapun,masih wujud  umat Islam yang sedar dan mahu mengubah wajah bangsanya dan masih mampu bergerak walaupun ditekan dari segenap arah. Mereka ini wujud di setiap negara Islam. Kebangkitan yang semakin meluas inilah yang ditakuti Yahudi.

Maka, tidak cukup dengan 5S, mereka menyerang pula dangan S yang keenam-snack/makanan. Pengenalan makanan-makanan segera dan makanan ringan mendapat sambutan hangat seluruh penduduk dunia. Seperti yang kita tahu makanan seumpama ini mengandungi pewarna, pengawet dan perasa yang sangat banyak. Dan kita begitu arif bahawa bahan-bahan ini adalah carcinogen. Selain itu, bahan-bahan ini juga melemahkan ingatan, mengurangkan ketajaman akal, membantutkan tumbesaran dan lain-lain lagi.

Kita lihat sahaja tanah air kedua kita, Mesir bumi kinanah ini. Snack dan ‘jajan-jajan’ begitu banyak sekali dijual di kedai-kedai. Fenomena ini baru sahaja berlaku dalam 5-6 tahun kebelakangan ini. Sebelum itu, tiada pun seumpama hari ini. Produk pertama yang diperkenalkan di Mesir ialah Syibsi, yang kita tahu produk boikot. Cukup menjadi perintis, tanpa perlu disuruh syarikat-syarikat Mesir sendiri turut sama rancak manghasilkan produk serupa dek kerana sambutan yang sungguh luar biasa. Hasilnya semua orang sudah menjadikannya makanan asasi. Pelajar-pelajar Malaysia di sini turut tidak ketinggalan menerima tempiasnya.

Sesungguhnya, untuk melawan musuh, kita harus mengenal pasti senjata-senjata yang dilontarkan ke arah kita.  Paling penting bagi kita adalah untuk kembali kepada fitrah, kembali kepada Quran dan sunnah. Kerana Quran dan sunnah adalah pegangan kita, dan satu-satunya yang diwariskan Nabi untuk kita. Dan sedarlah, Islam tidak akan tertegak melalui umat yang asyik dan leka, yang senang lenang tidur lena, yang hanyut membuat dosa dan noda  & yang tidak menjaga diri dan hawa. Marilah sama-sama memperbaik dan mengislah diri sendiri agar kita layak untuk menjadi sebahagian daripada generasi yang akan membebaskan Palestin tanah wakaf kita.

Wallahua’lam..

~Scent of Palestine, Scent of Jannah~

visit http://palestineevergreen.blogspot.com/

-azarita,alex-

« Newer Posts - Older Posts »

Kategori