Posted by: Nurul Nazihah | Februari 27, 2010

Perginya seorang kekasih…

https://i2.wp.com/1.bp.blogspot.com/_2IASuS8koyk/SrnMmgIXN4I/AAAAAAAAAXw/IWL8fTDE1UA/S226/Stempel+nabi.jpg

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. “Bolehkah saya masuk?”  tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, “Maafkanlah, ayahku sedang sibuk dengan kesakitannya,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian dia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, “Siapakah itu wahai anakku?” “Aku tidak tahu wahai ayah, aku tidak pernah melihat orang sebegitu sebelum ini,” tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. “Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah Malaikatul Maut,” kata Rasulullah.

Fatimah sebak menahan ledakan tangisnya… Malaikat Maut semakin menghampiri, Rasulullah bertanya, kenapa Jibrail tidak ikut bersama. Kemudian dipanggillah Jibrail yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah yang juga penghulu dunia ini. “Jibrail, jelaskan kepadaku hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah. “Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu wahai kekasih Allah,” kata Jibrail.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. “Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” tanya Jibrail lagi. “Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?”.  “jangan khuatir wahai Rasulullah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: “Kuharamkan syurga bagi sesiapa saja kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibrail. Rasulullah menghembus nafas lega…

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik. nampak, seluruh tubuh Rasulullah dibasahi peluh, urat-urat lehernya menegang. “Jibrail, betapa sakit sakaratul maut ini. “Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam… Ali disampingnya menunduk semakin dalam.. dalam dan Jibrail memalingkan muka.

“Jijikkah kau melihatku hingga kau memalingkan wajahmu wahai jibrail?” kata Rasulullah kepada Malaikat penyampai wahyu itu. “Siapalah yang sanggup melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibrail.  Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh kerana sakit tidak tertahan lagi. “Ya Allah, dahsyat sungguh nian maut ini kepadaku, timpakan sahaja semua kesakitan maut ini padaku, jangan pada umatku.. Ya Allah”. Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya tidak bergerak lagi.

Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali mendekatkan telinganya. “Uushiikum bis-shalati, wamaa malakat aimanukum (peliharalah solat dan peliharalah orang-orang yang lemah diantara kamu)”. Di luar, tangis pilu kedengaran bersahutan, sahabat saling berpelukan.. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. “Ummatii.. Ummatti..Umamati..!!”

Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini mampukah kita mencintai dirinya sepertimana baginda mencintai kita?

Allahuma sholli ‘alaa Muhammad wa’alaalihi wasahbihi wasallim.

[artikel diambil dari : http://pembinaperlis.wordpress.com/2009/03/06/perginya-seorang-kekasih/

Kelmarin, ketika dalam perjalanan ke asrama MARA, saya ternampak kedai chocolate dekat asrama tu meriah betul.. ada lori turunkan berkotak2 manisan dan chocolate arab… orang pun ramai beli2 chocolate kat situ… ingatkan ada ape…

Dah malam , masa nak balik rumah dari asrama [from program maulidur rasul], teman syu singgah kedai Halawiyat Misr. Syu nak beli icecream. Saya tengok ramai betul orang kat bhg halawiyat..Sempena maulid nabi ke sume beli manisan ni.. So, saya pun bertanya kpd seorang makcik arab munaqabah dlm kedai yg sama…

-Assalamu’alaik ya haggah..mumkin is’al hagah? (boleh saya tanya soalan?)

-tafadhali ya habibti.

-leih yaum dah, kullu haat bisytari halawiyaat? (kenapa harini ramai beli manisan?)

Makcik itu pun explain kat saya dan syu…lebih kurang mcm ni la– Semua orang beli manisan ni sempena maulid nabi la.. Dah menjadi adat di Mesir utk buat mcm ni.. kata makcik ni, di Cairo lebih meriah sambutannya… Hari maulid nabi akan disambut dgn qiraatul Quran, Zikir, & Halawiyat… Especially kpd kanak2…supaya anak2 ingat yang hari ini adalah hari yg penting dalam hidup kita… Kanak2 antara yg diberi fokus… yg perempuan akan dipakai pakaian ‘arusah[pengantin], sbb nak diorang jadi arusah yg solehah nnt… yg lelaki akan dipakaikan pakaian pahlawan ke, doctor ke, dll… Dgn buat mcm ni, kanak2 takkan lupakan hari ini….

Begitulah panjang lebar makcik tu terangkan kat kitorang… Gembira dia bila kita tanya pasal adat dan budaya dia🙂 … Makanya, kitorg teruskan berjalan balik rumah… lengang jalan raya, kedai pun banyak tutup… selalunya kalau malam minggu macam ni sesak Mahatoh Raml tu.. Bangga pulak tgk arab, stay kat rumah masing2 celebrate maulid nabi dgn ahli keluarga…

Hebatkan Nabi? Subhanallah, walaupun kita x pernah jumpa walau sekali pun, tapi kita rasa sayang dgn nabi, rasa rindu…. namun rasa sayang dan rindu kita kpd nabi x dpt lawan rasa sayang nabi kat kita… kita yg lalai ni selalu lupa…selalu sgt bermalas2an… sedangkan nabi dah bersusahpayah memastikan Islam sampai kpd kita hari ni…

Kalau tiba2 nabi datang rumah kita, mesti kita segan, rasa tak layak je nak mengaku sayang, sdgkan x terzahir pun dalam kehidupan seharian… sirah nabi pun x lepas… akhlak tunggang-langgang… Bukankah Nabi dah ajar semua tu kat kita? Nabi jadi qudwah kat kita dari segenap aspek hidup kita… sbg anak, ayah, suami, datuk,pemimpin, sahabat, hamba, peniaga, dan macam2 lagi.. Nabi pun dah tinggalkan Quran dan sunnahnya utk jadi panduan kita…

Nak ingat nabi bukan pada hari maulid saja… tapi pada kehidupan sehari2, itu yg lebih penting… maybe boleh try sikit2 tambah amalan kita mcm mana amalan nabi… solat rawatib, ma’thurat, duha, puasa, Quran, zikir… kalau kita tak buat apa yg nabi buat, macam mana nak jadi hebat macam nabi kan? mcm mana nak jadi teman nabi nnt? mcm mana nabi nak kenal kita kat telaga kauthar nanti? Sesungguhnya ketahuilah, bahawasanya, bukan kita yg nabi perlukan, tapi kitalah yg memerlukan nabi…

Semoga kita menjadi salah seorang drp yg disifatkan nabi sbg saudara baginda, yang merindui dan mengamalkan sunah baginda walaupun x pernah bersua muka dgn baginda…

p/s: teringin nak ziarah nabi…

Salam Maulidurrasul

wallahu a’lam

-wasalam-


Responses

  1. p/s : semoga impian dan angan2 nk ziarah nabi tercapai,ameen ya RABB
    momok,nak halawiyat jugak!ana x dapat pon dr enti.huhu

  2. mekasih atas doa itu~~🙂

    nti kan x suke halawiyat…hehehe


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: