Posted by: Nurul Nazihah | Ogos 6, 2009

Sudah setahun…

Bismillahirrahmanirrahim… Assalamualaikum wbt..

Sudah lama saya tidak menambah isi baru di blog ini.. bukan tiada yg ingin dikongsi, tapi saya bukan jenis yg dpt menulis dalam keadaan kelam kabut. Hari ini, terasa nk share sesuatu, n alhamdulillah lapang pulak malam ni.

Imtihan dah selesai…alhamdulillah.. PMPI pn dah selamat berlangsung.. alhamdulillah…PMPI kali ini mmg banyak mengajar saya pengalaman baru.. juga dapat mengenali akhawat dgn lebih rapat..dapat mandi laut dll… alhamdulillah…

Ummu Atiyah

Ummu Atiyah

Bait Rayyan

Bait Rayyan

SUDAH SETAHUN

apa yg sudah setahun? sedar tak sedar, sudah lebih kurang setahun saya menulis blog ini.. tahun lepas, pada waktu lebih kurang mcm sekarng ni la saya mula menulis.. iaitu waktu Ramadhan hampir menjelang tiba.. Kalau dulu saya mula menulis sbb excited nak share ttg Ramadhan kat sini, sekarang pun sama sahaja.. Cuma bezanya, tahun lalu saya menyambutnya di Mesir, tapi tahun ini di Malaysia..

“Cuma”…bunyinya seperti sekilas sekali perbezaannya..namun saya sedar yg Ramadhan di Mesir dan Malaysia sgt berbeza… Saya stay dan balik agak lewat, cuba mencari dan topup kembali kekuatan berhadapan dgn medan Malaysia… Jangankan nk berdepan dgn orang lain, diri sendiri pun belum pasti sekuat mana di tanah air nanti…

Petang tadi sebelum berbuka, saya sempat ke Darul Da’wah dan Darul Atfal di Mahatoh Misr mencari cenderahati2 utk dibawa pulang ke Malaysia.. Tidak dilupakan membeli poster2 dan fannus2 untuk menghias rumah sempena menyambut Ramadhan…Ahlan Ya Ramadhan!! Barangan yg saya beli utk orang2 Malaysia ialah keychain2 comel dgn kata2 taujihat… sticker2 Ramadhan , dan kutaib2(booklet) Ramadhan… Rasa best pulak kalau dpt share ape yg ada di sini dgn org2 Malaysia…

Berjalan2 lagi mencari brg2, baru teringat nak beli buku hadis matan arba’in.. niat di hati nak mengulang hafazan hadis2 ni di Malaysia nnti… singgah di satu maktabah

“assalamualaikum, ‘aizah matan arba’in” — salam, saya nak matan arba’in

“‘alaikumsalamwbt, nawawiah?” —wslm, nk matan arbain imam nawawi ke?

“aiwa”–ya

“enti ‘aizah el syarah au el matan bass?” –kamu nak syarah atau matannya sahaja

“matan bass” —matan sahaja

ammu(pakcik) itu pun mencari kutaib2 yg ada, lalu menyerahkan kepada saya..

“bi kem” — berapa harganya

“geneh”– segenih(1 egyptian dolar)

“geneh???”

Terkejut saya dgr harganya cuma segenih..masyaAllah murah sekali… di rumah pun ketika membelek2 buku Qawarib Annajah saya tgk harganya cuma 9 geneh… Sememangnya buku2 di sini sgt murah harganya.. Betullah kata org Mesir ni lubuk ilmu..Nak dgn x nak je…

BAHTERA

Sesungguhnya bahtera yg ingin dilayari itu menuntut penumpangnya melengkapi diri dgn pelbagai sifat dan bekalan… antaranya ialah ilmu.. Dan ilmu itu tidak dtg bergolek…kenalah mencarinya..kena selalu dan banyak membaca… saya menyeru DIRI sendiri dan sahabat2 banyakkan membaca… ini kelemahan saya, malas membaca… tapi kelemahan xkan jadi kelemahan selama2nya…diri sendiri yg kena berubah…

Cuti di Malaysia…cabaran paling BESAR yg dihadapi semua ialah MASA LAPANG… maka sebelum pulang lagi dah kena ada checklist dan target ape nak buat di Malaysia nanti… dan insyaAllah kena ikut dan cuba realisasikan target kita tu…insyaAllah…

Ramadhan

Just nak share satu part from poster2 yg saya beli tadi…

Ramadhan :  ‘ilaj qalbaka (rawat hatimu)

mau’id(appoinment) : 24 saa’ah towari (24 jam wad kecemasan)

7 ayyam usbu’an (7 hari seminggu)

Kenangan terawikh di Gami' Ibrahim, Alex

Kenangan terawikh di Gami' Ibrahim, Alex

Sekian, selamat menyambut kedatangan bulan mulia Ramadhan

Marhaban ya Ramadhan

-azarita-


Responses

  1. depan univ alex tepi gami’ ibrahim matan arbain hanya nus genih (50 sen) =)
    semoga mendapat manfaat penuh ramadhan xkisah dimana.

  2. Ahlah wa sahlan … selamat tiba ke tanah air. Kalau lapang jemput berziarah ke Seremban..

  3. salam..

    DrDaie~~ramadhan kareem

    Ummu Naufal~~ Rasa macam baru je jumpa ummu naufal…dah setahun…

    Esok dah 1 Ramadhan~~

  4. sila layari http://aidilfitri.perubatan.org/1430H/ utk maklumat lanjut mengenai sambutan raya anjuran PERUBATAN

  5. da jumpa!!!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: