Posted by: Nurul Nazihah | Februari 4, 2009

Welcome back doctors!!

Assalamualaikum…

Pada 30 Januari 2009 yang lalu, Nuqaba’ Attibba’ Misr (Persatuan Doktor-doktor Mesir) cawangan Iskandariah telahpun mengadakan majlis bagi menyambut kepulangan doktor-doktor Iskandariah yang baru pulang dari Gaza, Palestin. Majlis telah diadakan di pejabat Nuqaba’ Attibba’ di Smoha.Saya bersyukur dapat menyertai majlis ini, to see how dedicated these doctors are towards their nobel job. Saya hampir membatalkan hasrat menyertai majlis bersama ayesha dan kak raudhah, kerana seharian saya penuh dari pagi sampai malam…. Malam sebelumnya format laptop di rumah pip (thanx pip) , pagi main basket, balik rumah duty mingguan, lepas tu menjelajah alex mencari ATM nak keluarkan duit g ma’rad kitab Cairo. Balik nak wat pengumuman psl trip ke ma’rad…Tapi lepas dgr ayesha kata “jomlah jojie, penat sket xpe, seumur hidop sekali je nak dpt peluang cmni”…So saya menggagahkan diri… Alhamdulillah saya terpilih menjadi sebahagian drp majlis kiram ini…

Mehnah pertama ialah kak raudah x ingat jalan….alhamdulillah pakcik taxi baik carikan utk kitorg…. dah sampai, kitorg masuk dewan….then nampak seseorang tgh cakap kat depan – dr thoriq koraitim!! kakraudhah”itu doctor akak” , saya n ayesha “itu doc kitorg jugak”….. keexcitedan kitorg mcm agak bising dan ditegor doctor perempuan depan tmpt duduk kitorg… alih2, doctor iman anatomy rupanya….hehehe…so 1st 10 minutes kitorg menenangkan diri dari over excited….

wajah2 penuh dedikasi

wajah2 penuh dedikasi

Doktor-doktor yang diraikan adalah seramai 10 orang , dan kesemuanya adalah doktor-doktor di Hospital Universiti Iskandariah. Kebanyakan daripada mereka adalah pakar bedah, baik ‘Head & Neck Surgeon’ , ‘Neurosurgeon’ dan sebagainya. Kepuasan jelas terpacar di wajah mereka dapat berbakti kepada saudara seislam kita di bumi Palestin.

Setiap seorang daripada mereka diberi peluang menceritakan pengalaman dan perasaan masing-masing. Majlis turut menghubungi doktor-doktor Mesir yang masih berada di Gaza, untuk para hadirin mendengar ucapan mereka secara langsung. Rata-rata perkongsian pengalaman doktor-doktor ini dimulai dengan setinggi-tinggi ucapan Alhamdulillah (5 minit agaknya ucapan syukur drp setiap doctor ni🙂 ), kerana mereka dipilih Allah untuk merasa ni’mat menjadi ahli Gaza dan menyumbang keringat di bumi barakah itu. Selain membantu dalam bidang kedoktoran, rombongan mereka juga membawa wang , makanan dan pakaian hasil kutipan daripada rakyat Mesir.

menghubungi doctor mesir yg masih berada di Gaza

menghubungi doctor mesir yg masih berada di Gaza

Antara pengalaman menarik :

1-mereka dikurniakan Allah rasa aman sepanjang menjejakkan kaki ke Gaza walaupun perang masih berlaku ketika itu. Subhanallah…teringat kisah Saidina Ali ketika ditanya bagaimana perasaannya tidur di tempat Rasulullah? “Aku tak pernah tidur selena aku tidor di tempat Rasululah” Begitu sekali Allah kurniakan rasa tenang dalam diri hamba2Nya yg terpilih.

2-Rakyat Palestin baik dari sekecil-kecil usia sehingga yang berusia emas, semuanya sangat kuat semangat dan begitu yakin dengan kemenangan Islam.”Bahkan dgn kanak2 Palestin pun kami kalah” , begitu rendah diri doctor2 Mesir ini. Menurut mereka, doc2 Palestin yg bnyk mengajar mereka. Doc Palestin lebih cekap dan tenang menerima emergency cases yg sgt severe dalam bilangan yg sgt banyak dalam satu2 masa.

3-Kata seorang doctor , kami ingatkan kami doctor Mesir pertama yg sampai. Rupa-rupanya dah ada doctor Mesir yg sampai sejak hari pertama perang.Mereka menyeludup masuk ke sana..Subhanallah…”Ada doctor yg lebih tinggi juhudnya drp kami!” Begitu humble doctor2 ini (sedangkan diorg pon dah terlalu hebat boleh sampai sana berbanding kita ni…huhu)

4-Seorang doktor bercerita, seorang doktor Palestin menceritakan mimpinya melihat Rasulullah masuk ke Gaza. Sedangkan setelah pulang ke Mesir, setelah selesai solat Jumaat,seorang lelaki bercerita kepada doktor yang sama, bahawa beliau bermimpi melihat Rasulullah menghala ke arah Gaza- beliau berada di belakang Rasulullah dan melarang baginda masuk ke sana kerana katanya di sana ada kaum yg suka bunuh nabi2(kaum yahudi) Namun baginda tetap menghadapkan wajahnya kepada ahli Gaza. Subhanallah. Mimpi yang sama dialami oleh dua orang di tempat berbeza. Kisah ini mengundang rasa sayu dan terharu di kalangan para hadirin.

Majlis berakhir dengan hadirin dijemput ke ruang pameran dan gerai jualan.Tabung2 juga disediakan… Kami sempat bergambar dgn dr thoriq😉.. Kami juga sempat membeli mafla dan tshirt palestin… Manakala poster dan sticker diberi percuma….

bergambar dgn dr.thoriq

bergambar dgn dr.thoriq

aghithuu ghazzah

aghithuu ghazzah

Walaupun hanya 3 orang wakil pelajar Malaysia hadir, ini tidak bermakna pelajar-pelajar Malaysia tidak prihatin akan isu ini. Kutipan derma Palestin pelajar-pelajar Malaysia disalurkan melalui Nuqaba’ Attiba’. Selain itu, kita juga berjaya mengumpulkan sebilagan besar pakaian-pakaian musim sejuk (baju sejuk, long john, stokin, gloves etc)untuk didermakan kepada rakyat Palestin juga melalui Nuqaba’ Attiba’ bagi mereka menempuhi musim sejuk di sana.

Alhamdulillah wa syukrulillah …saya dapat menyertai haflah ini…penyuntik semangat utk terus bekerja dan menjadi sehebat doctor2 ini… biiznillah insyaAllah…

Salam imtihan….syudda heilak!!!


Responses

  1. salam.
    terima kasih atas perkongsian yang amat berharga ini.

  2. afw…happie imtihan chemcemerlang…jgn chemas plak…ehhehehe

  3. serius
    cite rasulullah nak masuk ghaza tu sedih gila.
    rasa nak nangis.

    ruginya x dpt pegi.
    tgk mcm best gila.

    good luck exam kak jojie.

    =)

  4. rabbuna yunajjah jugak wat paan~~ sori x sempat nak ziarah awak…🙂

  5. salamunalaik ya ukhti…wah terujanya…terasa ruh di ghaza…mudah2an mereka menjadi penyuntik semangat di atas jalan ini…akak baru sampai dari kaherah..baru dapat bukak blog akhawat…miss u all..robbuna yusahhil wa yunajah


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: