Posted by: Nurul Nazihah | Oktober 16, 2008

Suatu hari di Hari Raya…

Alhamdulillah…berjaya juga saya menghabiskan Ramadhan dan menyambut Syawal di bumi Misr ini buat kali ketiga…bermakna sudah 3 kali jugalah saya beraya tanpa keluarga tercinta…sedih juga rasa di hati… mengenang keluarga di tanah air…namun apakan daya…takdir menentukan segalanya….utk itu, saya telah mengirimkan gambar dan ucapan salam perantauan utk keluarga, guru2 dan rakan2 di malaysia… agaknya, ter’excited time hantar tu…bnyk kali pulak keluar paper…rasa agak mencapub pun ada…tapi xpela, ucapan tu ditujukan utk family…kalu org lain baca tu nasebla…

)

Gambar yg dihantar ke Salam Perantau🙂

 

raya family di Malaysia

raya family di Malaysia

Pada mulanya saya merancang utk beraya di Cairo bersama ramai lagi rakan2 yg lain…tetiba, last minute tukar plan…saya kena mengiringi adik2 Alex dari Cairo ke Alex pada hari raya ke3…so, setelah dipastikan bahawa tiket Alex-Cairo 2hb tu available, then saya bersama yg lain pulang ke Alex yg tercinta 28hb… Dan saya dan sya akan ke Cairo semula pagi 2hb…demi menjalankan tugas!

Setibanya di Alex,dah malam…semangat nak g terawikh dgn Syiekh Khatem…tai tertido sambil que toilet…terjaga time org nak g tahajud dah…sedey betul!Tahajud pon x g sebab sakit perut…dgr dari rumah je…alhamdulillah umah dekat…–29hb… perkara pertama yg dibuat ialah mengemas rumah…(sebab saya ahli beit pertama sampai)…bilik saya yg terlebih dahulu saya kemas….n mengambil masa paling lama pon…sebab time saya tinggalkan umah,tgh ribut pasir…habes satu rumah berpasir…ribut pasir ni kira petanda nak masuk winter dah…yay!lepas dah mengemas sket2…saya ke asrama bersama ajk penempatan…check apa yg patut… pastu g maktab barid(post office) cari parcel raya dari mak…sedih sebab xde…xpe2…belum rezeki dpt la tu…

30hb…nik dan dila sampai dari Cairo..membawa tetamu, Khadijah…terkejut jugak, boley plak si Khadijah nye ikot nik balik raya Alex..hehe…Esok dah nak raya….brg2 nak raya satu pon x beli lagi…disebabkan umah n org yg tinggal pun bape kerat je…so, ramailah yg gabung rumah masak2 raya…rumah saya gabung dgn umah sya…jadi, nak jimat masa…saya sorg g pasar…sya n nik g Fathalla, fatin masak sket2 dulu kat umah sya…dila terpaksa dikecualikan(kna wat keja UPI)hehehe….petang baru siap beli2 barang…masak x start lagi…berjayakah kami masak semua menu yg diimpi-impikan mlm ni???!!!tunggu dan lihat…

Jeng3…jgnkan masak raya…mknn buka pose pon x masak lagi…tgh dok penuh dapor menyiang ayam n daging…tetiba ada org tkn loceng…..rupa2nya mama arab bawah umah…dtg hantar makanan sempena last Ramadhan…banyak sgt…sampai bertalam2 gak makanan dia…Alhamdulillah, syukur sgt…mcm tau2 je kitorg x masak berbuka lagi…huuhu….juadah arab menjadi menu berbuka kami…banyak sgt2…ada nasi arab setalam…ayam goreng suku berketul2….mulkheya(arabian blended vegetable soup)… salatah… syurbah lisan ‘asfour(sup lidah burung lyg2)…’atoyif manis….huhuhu….x habes makan ni…so kitorg col kwn2 lain dtg habeskan mknn…

Alhamdulillah…lepas berbuka n solat magrib, kitorg pon bertakbir sambil pasang takbir dari laptop nik… sedih dan sayu rasanya…Ramadhan yg mulia sudahpon meninggalkan kita..syaitan pun dah terbebas… dah x free mcm time Ramadhan dulu…mmm…then, bila tutup takbir laptop nik..terdengar pulak takbir dari gami’ ibrahim dan masjid2 lain sekitar ni…lain sekali nadanya….seperti tahun2 yg lalu…takbir di Mesir begitu bersemangat sekali…lain bunyinya dgn takbir di Malaysia…takbir semangat lambang kemenangan!! Kemenangan atas apa?? Tentunya ke atas diri sendiri…sebulan lamanya kita dpt melawan nafsu… sebulan lamanya kita dapat memujahadahkan diri memperbanyakkan amalan…yg rasanya, kelihatan begitu mustahil dilaksanakan pd bulan selain Ramadhan…kenapa begitu?? kenapa pd bulan Ramadhan boleh bgn qiam hari2? Kenapa pd bln Ramadhan boleh habiskan sejuzuk sehari, bahkan lebih?? Kenapa pd bulan Ramadhan boleh menahan diri drp mengumpat?? Kenapa itu dan ini??? Tanya kembali diri kita, dan cubalah koreksi mana yg patut…Ya Allah…kuatkanlah hati2 kami…agar dapat kami meneruskan ketaatan kami, sepertimana pada bulan Ramadhan…Allahumma ballighna Ramadhan….ameen…

Selepas Isya’ tugas bermula….nik di dapor memasak rendang yg telah kitorg peram sejak ptg td…dila menyediakan bahan2 kuah kacang…sya dan fatin dgn biskut mazola…saya menyediakan adunan biskot choc chip…tapi akibat menunggu turn membakar yg didahului oleh biskot mazola sya n fatin, maka saya pergi menyiapkan biskut cornflakes madu…selesai memasak, cornflakes dikepal2(akibat tiada cup kueh)… tentera mengepal ialah khadijah…kakyam yg kurang sihat telahpun syahid…tinggallah kaknik membantu nik di dapor…huhuhu…selesai kueh cornflakes saya…saya n khadijah mula mencucuk daging ayam dan daging ke lidi satay…hehehe…main menu of the day…nik n kaknik mara merebus ketupat palas segera n memasak nasi utk dihimpit…buku2 hardcover medic n kitab2 atie menjadi mangsa menghimpit nasi himpit…sya, fatin n dila masih lagi tegar dgn post masing2….actually saya pon pelik mana dtg energy sume org dok memasak sakan….sbb sumenya letih menyambut adik2…akak2 pulak letih baca buku utk final exam…hehhee…saya org kedua last tdo…sbb kna tunggu bakar biskot…nik org last tdo…sbb tunggu bakar satay…hehehe…. sambil menunggu kitorg kemas2 sket umah n iron baju siap2 utk esok pagi…saya x pakai baju raya baru pon…pakai baju raya haji last year…yela,baju barux sampai lagi…hehhee…tapi xpe…yg dituntut bukanlah baju baru…tetapi baju terbaik yg kita ada…x semestinya baju x baru x boleh jadi terbaik kan…🙂

biskut mazola sya n fatin

biskut mazola sya n fatin

 

cornflakes madu dikepal-kepal

cornflakes madu dikepal-kepal

 

satay sedia utk dibakar

satay sedia utk dibakar

Bangun pagi…dahla lambat…sume que bilik air…x sempat siap org dah start solat sunat aidilfitri… alamtnya dengar khutbah atas sutuh(bumbung) jela…tapi best je…sbb nampak view yg hampir penuh la…sbb siang so nampak lagi clear la…nampak minaret gami; ibrahim..then ribuan jemaah…then nampak a curve of coast….Mediterranean sea…wut a magnificent view…Subhanallah….kalau selalunya time terawikh, nampak jemaah ramai mcm ni jgak…tapi baju hitam or putih je…tapi hari ni, semua pon berbaju warna warni… cantik n meriah sekali…

mendengar khutbah dari atas bumbung

mendengar khutbah dari atas bumbung

X berapa ketika…tetamu pon datang….disebabkan bilangan manusia yg tinggal hanya berapa kerat…maka tetamu yg sama je akan berziarah setiap rumah…so…as rumah kitorg tepi masjid…maka rumah kitorg adalah destinasi pertama yg dituju…then…semua beserta tuan2 rumah bergerak ke rumah kaknik n ahli beit…beraya sana pulak…menu lebih kurang…cuma ada tambahan kuah lodeh…sodap!!!Lps tu, sume balik umah rest…then lps asr ke rumah anis, izrul yg join venture dgn nadiah, mai, has…similar menu…plus nasi tomato….huhuhu sodap!!!Lps magrib ke umah chem…chem n adik2 2nd year jadik tuan rumah…chem mencipta kelainan dgn menghidangkan spagetti + chicken savery!!hehehe…sodapnyo…lama x makan…. rumah chem pun bnyk kueh raya + lemang…

pagi raya di rumah saya

pagi raya di rumah saya

 

jalan2 raya

jalan2 raya

 

jalan2 raya lagi

jalan2 raya lagi

 

raya di rumah chem

raya di rumah chem

The next day…raya ke2…saya n sya ke Cairo utk mengambil adik2 kami pulang ke Alex…raya ke3 pagi2 kitorg bertolak ke Alex from ARMA….huhu….setelah bermacam2 hal…alhamdulillah segalanya berjalan lancar…wpon ada sedikit masalah…biasalah tu…Sampai di asrama MARA di Sesostrice Street(comel betul namanya)…adik2 dibawa naik…settle everyting…berakhir satu lagi hari dalam hidup kami…

2-3 hari kami biar adik2 settle…bawak diorg jalan2 beli brg2 keperluan…ajak diorg dtg open house umah saya…buat medical checkup…buat sports day n ice breaking…huhu…

open house utk adik2

open house utk adik2

 

antara manisan yg disediakan

antara manisan yg disediakan

Semoga hubungan kami semakin mesra…moga terjalinnya ukhuwah antara kami…moga mereka bersedia menempuh alam university..moga kami jua bersedia menempuh saki-baki hidup kami di cni…moga kami semua dikuatkan hati dan diluruskan jalan sepanjang berada disini…Selamat datang adik2… Selamat menjadi sebahagian drp keluarga besar Alexandria…Selamat hari raya!!!

Fawassiqillahumma robitotaha…

Selamat hari raya…Taqabbalallahu minna wa minkum…

Wallahua’lam…


Responses

  1. Byknyerr makanan… Rajin betul memasak n pandai pulak tue

  2. salam kak joji.. remember me? hehe.. selamat hari raya akak.. maaf zahir batin..

  3. fairuz…tima kacih
    ainul…kakjojie igt la awak, cuma x jumpa lagi… hope tu see u anyhow…selamat hari raya…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: