Posted by: Nurul Nazihah | Ogos 31, 2008

Rehlah masyi…Alexandria seindah nama!

Bismilahirrahmanirrahim…Lebih kurang seminggu yg lalu, saya berkesempatan menyertai program Rehlah Masyi Iskandariah.Bagi yg tidak memahami istilah ini, ‘rehlah’ ialah picnic or berkelah & ‘masyi’ ialah berjalan..Maka ‘rehlah masyi’ ialah menziarahi tempat2 menarik menggunakan kaki sbg kenderaan utama:) Tumpuan rehlah kali ini ialah tempat2 bersejarah yang ada di Alex yg indah ini..

rehlah masyi

rehlah masyi

Program bermula dgn para peserta berkumpul di Hadiqoh Syalalat utk majlis pembukaan dan sarapan.. Majlis dibuka, tazkirah pon disampaikan…menerangkan objektif2 rehlah…antaranya utk mengenali tempat2 bersejarah Alex, melatih sifat menepati masa, menyihatkan tubuh badan & mengeratkan silaturahim.. Tertarik dgn isi2 penting tazkirah, antaranya: (1)kenalilah tempat2 bersejarah di tmpt sendiri, jgn sampai org yg dtg dari UK n Russia pon dah pernah ziarah n mengetahui sejarah tempat2 ni berbanding org Alex sendiri…hehehe(mcm terasa je)..Banyak sejarah nabi2 terdahulu & kegemilangan tamadun silam terbuku dalam binaan tempat2 bersejarah ini..Kalau umat Islam sendiri tak mengetahui sejarah kita, then nak suruh siapa yang ambil tahu?orang non muslim?orang yahudi?(yg mmg dah lama mengambil tahu ttg kita).. (2)Ttg menepati masa.sesungguhnya, siapakah makhluk pertama yg meminta ditangguhkan masa??? X lain x bukan, SYAITAN!Ketika dihukum Allah ke neraka, merekalah yg meminta ditangguhkan azab mereka sehingga hari kiamat!Maka, siapa bertangguh itu…saudara syaitanlah:( Na’uzubillahiminzalik..

perjalanan menaiki tram

perjalanan menaiki tram

Setelah perut diisi, doa pun dibaca utk peserta2 memulakan perjalanan.Berbekalkan topi masing2(yg bermcm2 fesyen:) perjalanan yg sememangnya berjalan itupun dimulakan…huhu…Destinasi pertama: Masjid Nabi Danial. Bergerak pd mulanya dgn tram sampai ke Mahatoh Ramleh..Pastu jalanlah…jauh jugak,mmg memerlukan stamina la…berbaloi makan nasi banyak time sarapan tu:) Sesampainya, pintu yg berkunci 2 dibuka…kitorg plg awal pagi 2..Masjidnya xlah sebesar mana, tidaklah se-gah masjid2 di Malaysia… Sememangnya kebanyakan masjid di sini x bgtu besar dan cantik binaannya ( wlpon ada je yg besar cuma x sebanyak yg kecil), namun sgt,terlalu gah dalam penggunaannya..setiap waktu diimarahkan.. Itulah fungsi masjid yg sebenar:)   Tenang rasa hati menjejaki masjid ini..di basement ada makam insan agung bertaraf nabi…MashaAllah…Kami duduk berdekatan tangga turun ke makam utk mendgrkan penerangan ajk ttg sejarah Nabi Danial dan Lukman al-Hakim(yg juga makamnya di basement)

masjid nabi danial

masjid nabi danial

Lukman Al-Hakim —yg famous ttg dirinya ialah nasihatnya kpd anaknya yg dirakamkan dlm kitab Al-Quran..Antaranya, jangan mensyirikkan Allah, melaksanakan solat, mengerjakan amar ma’ruf nahi mungkar dan lain-lain lagi…Frankly speaking, saya x pernah tahu yg makam Lukman al-Hakim ada di Misr, Alex pulak tu… (mmm…katak bawah tempurung betul! kalau x tahu, mcm mana nak mengkaji dan mencinta?)

Roman Theatre

Roman Theatre

2nd destination: Roman Theatre….hanya 5 minit perjalanan dari Masjid Nabi Danial…Roman Theatre ini x banyak bezanya dgn theatre or coleseum yg ada di tmpt lain(Rome, Syria ,dll) Rekabentuk dan susunan yg lebih kurang sahaja…Mungkin kerana dibina pada masa yg sama oleh empayar yg sama…Tempat ini baru shj dijumpai dlm tahun 1960,time tu, kerajaan nak buat bgnn kerajaan kat c2..Tgh kerja korek-mengorek utk buat base, barulah discover benda ni…then terus diwartakan jadik historical place la…Roman Th. ini melalui pelbagai zaman pemerintahan- Rom, Greek dll..Dan mengikut pemerintah, maka fungsi di setiap zaman pun berbeza2…Ada masanya dijadikan rumah mandi dan tmpat tadahan air,ada masanya dijadikan mahkamah, yg mana ia turut dinamakan Kom El-Deca (Mahkamah 10 Hakim) Bnyk patung2 di situ,tapi kebanyakan sudah terhakis..pada zaman itu, kehebatan sesuatu kaum dinilai pada kehebatan membina binaan dan mengukir patung…Gambar2 mamaparkan sum of these monuments are not dicovered as such, but in pieces and in the SEA, the Mediterranean Sea…Diceritakan, Alex pernah dilanda tsunami yg telah meruntuhkan kota2 ini…Then, kitorg turun ke theatre..di tgh2 ada satu platform kecil berbentuk bulat bersaiz sepasang tapak kaki manusia…Once u step on that magic stone, ur voice will be heard by all the audience in the theatre(w/out mic)..teruja sekejap…mungkin arkitek yg buat theatre 2 dah kira jarak n pantulan yg boleh hasilkan bunyi lebih hebat drp mic…subhanallah…namun, kuasa Allah…Dialah yg memberi, Dialah juga yg menarik kembali… kegemilngan sesuatu kaum itu x menjamin pengakhirannya…sehebat mana pon, andai kufur, sujud menyembah bumi juga akhirnya…Sudah bnyk cth2 zaman silam…dan sunnatullah ini berulang2 sampai sekarang…sama ada kita sedar atau tidak, masanya pasti akan tiba…mmm…sebelum berangkat pulang from the theatre, saya dan kakzue sempat berdiri atas that magic stone, sambil baca surah Ar-Rahman…semoga bergemalah kalam Allah di kota lama itu (berlatih tasmi’ sebenarnya, sbb esoknya kelas Quran..hehehe)

)

mengacau dila kasik penerangan:)

panasnya bergambar dgn patung2 ni!

panasnya bergambar dgn patung2 ni!

the theatre

the theatre

)

standing on the magic stone:)

3rd destination: Masjid Abou Abbas…the most important historic mosque in Alexandria..perjalanan menaiki bas atau tremco hanya mengambil masa 5 minit..kompleks 4 masjid besar yg sgt cantik dan gah ini berhadapn dgn laut Mediterranean.Dapat dilihat dari qal’ah dan dari bibliotheca…Setelah berjalan masuk melalui sebuah lorong, kami sampai ke sebuah masjid kecil di tgh2 dan bawah 4 masjid besar yg lain..Ajk bertugas pun memberikan penerangan ttg Abou Abbas..Nama penuh beliau ialah Sheikh Shehab El Din Abu El Abbas Ahmed…lahir pada 616H di Andalus dlm sebuah keluarga peniaga yg kaya…so, beliau mmg educated dari bdg Quran, Sunnah dll…juga seorg yg jujur dan suka menolong org lain…640H,beliau dan keluarga meningalkan Spain menuju ke Tunisia atas sebab meningkatnya penguasaan Christian di Andalus…namun, hanya beliau sampai ke Tunisia..Then, beliau bersama2 Sheikh Abu Hassan Shazly ke Alexandria…Ramai Muslim Andalus berpindah ke Alexandria after tekanan hebat drp Christian…di Alex, beliau menjadi seorang pendakwah yg sgt terkenal dan berjasa…

maqam Abou Abbas

maqam Abou Abbas

komplaks Masjid Abou Abbas

komplaks Masjid Abou Abbas

Maqam nya agak terbiar utk jangka masa yg agak lama…sehinggalah dtg pedagang yg rule Alex time 2, Zainuddin Ibn Qattan…dia question, knp maqam pendakwah hebat ni mcm ni?so, dia bina dome utk maqam 2 dan bina masjid kecil utk maqam itu, yg dinamakan Masjid Abou Abbas…Masjid ni menjadi tempat persinggahan org2 Egypt dan Morocco sblm pergi ke Mekah..then, banyak lagi kisah masjid ini sepanjang pemerintahan bertukar tgn..Akhirnya pd zaman King Farouk, dia nak menjadikan masjid ni tarikan pelancong (Alex mmg ramai pelancong, dari dulu sampai sekarang)..So, dialah yg membina 4 masjid besar di sekeliling masjid dan maqam kecil kat tgh tu…Jadilah kompleks masjid Abou Abbas yg sgt cantik sampai ke hari ini…

Selepas menziarah maqam Abou Abbas, kami bergerak ke Maqam 7 Wali yg berada di kwsn yg sama… Kecil shj tempatnya…tapi, bila sampai bukan ada 7 pun, tapi ada 12 maqam…semuanya imam2 terkenal Mesir dan Alex…(walaupun saya x kenal pon…teruk betul!)then, ada maqam Ahli Bait Rasulullah juga…mereka ialah cicit Rasulullah….anak kepada Zainal Abidin…yg merupakan anak kepada Saidina Hasan….3 orang cicit Rasulullah di sini…Subhanallah…dekatnya rasa dgn Rasulullah…cicit baginda ada di tanah tempat saya belajar ni…

Qal'ah Qaitbay

Qal'ah Qaitbay

Destinasi terakhir: Qal’ah Qaitbay…Qal’ah means kubu,citadel…Actually, ni dah kali ke-5 saya ke cni…tapi saya xlah tahu sgt psl Sultan Qaitbay ni sampailah time rehlah ni…sbb ada ajk yg ceritakan…hhehehe…Dibina pada kurun ke-15…Sultan Qaitbay ni sgt bagus, He re-established the authority of the sultanate, stabilized the economy, and oversaw a revival of the arts…bgnn dia ada juga di Mekah, Madinah, Palestin, Damsyik dan Cairo…. Tapi yg Alex yg paling besar dan terpelihara sampai hari ini…Qal’ah ini sgt cantik..saya dah hafal jln2 dlm Qal’ah ni sbb dah 3 kali masuk….so, kali ni saya x masuk lah…hanya berjalan2 di sekitarnya…

Sebelum kami dilepaskan masuk, ada satu perkara yg diminta kami lakukan..setiap peserta kena tgk org sebelah kanan, org itulah yg kita kena kasik hadiah kat dia b4 majlis penutup…kira macam tabadul hadaya lah(tukar hadiah)…sekeliling Qal’ah ni ada bnyk jual souvenir… huhu…so semua org pun sibuklah mencari hadiah utk org yg berkenaan….menarik betul acara ni…mengeratkan ukhuwah betul…Seperti sabda Rasulullah “tahaadu tahaabu” maksudnya “memberi hadiah melahirkan rasa cinta”….Hadiah diberi, majlis pun ditutup…berakhirlah sudah Rehlah Masyi kali ini…

)

tabadul hadaya:)

pasangan paling last tukar hadiah;)

pasangan paling last tukar hadiah;)

Apa yg saya dpt drp rehlah kali ini??mm…macam2…menarik dan sgt berharga…tarbawi & da’awi.. Sesungguhnya, bumi Mesir ini banyak khazanahnya…yg tersimpan sejak zaman silam lagi…Bumi ini telah menyaksikan pelbagai peristiwa…kegemilangan tamadun2…kejatuhan qaum2 yg kufur kpd Allah…kelahiran insan2 agung… pembentukan individu2 yg menjadi icon dunia! Bermula dari para Nabi….Nabi Musa a.s, Nabi Yusuf a.s dan ramai lagi, seterusnya…panglima2 perang yg hebat…sehebat Salahuddin Al-Ayyubi….hinggalah kepada icon2 Islam hari ini… Yusuf Qardhawi , Syed Qutb dan ramai lagi….sampaikan Shahid Abdul Azizi Rantissi pun, grad dari Alexandria University…KULIYAH TIBB!!! Kuliah yg sama, tempat saya menuntut ilmu sekarang….pernah diduduki pemimpin yg ditakuti Israel laknatullah itu!…Memanglah kalau dilihat Mesir sekarang,  x melambangkan yg ia pernah melahirkan insan2 hebat ini…Namun, yakinlah…kebangkitan itu sudah mula menampakkan gelombangnya… sama ada disedari atau tidak…cepat atau lambat…akan sentiasa ada hamba Allah yg meneruskan jalan menegakkan syiarNya…Bumi Mesir yg dhaif ini, yg miskin ini…inilah tempat lahirnya seorang pejuang…pejuang sejati yg qawi tidak lahir drp kemewahan dan kenikmatan, sebaliknya lahir dari keperitan dan kesusahan hidup…kerana apa? kerana mereka ada sesuatu utk dikejar dan dicapai…ada sesuatu yg lebih jauh ingin digarap… Subhanallah… Telah Kau letakkan aku di sini…Pimpinlah hambaMu…agar diri ini menjadi sehebat hamba2Mu yg terdahulu…sekuat org2 yg sentiasa berusaha menegakkan syiarMu….Ameen…Syudda hillak!!!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: