Posted by: Nurul Nazihah | Ogos 31, 2008

Isti’dad Ramadhan..

kullu sanah wa antum aqrabu ilallah..

kullu sanah wa antum aqrabu ilallah..

Beberapa hari yg lalu, saya berkesempatan menyertai Majlis Isti’dad Ramadhan…Antara acara utama yg dijalankan ialah majlis khatam Quran & membungkus shantah(bag @ pack) Ramadhan..Selain itu,majlis diselang-selikan dgn tazkirah, nasyid & tarfih(kuiz)…

curi2 bergambar sambil dgr tazkirah;)

curi2 bergambar sambil dgr tazkirah;)

Majlis dibuka dgn ummul Kitab…kemudian para hadirin mendapat sekeping borang mutaba’ah Ramadhan, lirik nasyid, pamplet & kurma..Borang mutabaah ini adalah utk diisi sepanjang Ramadhan…mengikut pengalaman saya, kalau ada borang mutabaah, selalunya kita akan alert sket..nak tanda kena buat dulu… tampallah kat dinding, biar selalu nampak…baru ingat selalu!🙂

cenderahati kepada para hadirin

cenderahati kepada para hadirin

Pamplet yg diberi bertajuk “Amsah zunubak fi Ramadhan”, maksudnya “padamlah dosa2mu pd bln Ramadhan”…Menarik pamplet ni…katanya: satu hari ada 24 jam..Ramadhan ada 30 hari…katakan 7 jam utk tidor(lame la ni)…7 jam utk g kerja or skolah…2 jam berbuka, sahur,solat, 2 jam utk kecemasan or revision(bagi pelajar)…So, dah tinggal 6 jam free setiap hari…darab 30 hari Ramadhan, dah jadik 180jam… mmm, banyak ke x?? Banyak lah tu!!!So, kita bajetlah masa ni dgn list2 dalam mutabaah amal kita 2.. contoh yg dia kasik ni nisbah ala-ala org Arab sket…modify la mana yg patot…jalan dah diberi, terpulanglah pada kita camne nak buat agar Ramadhan yg dtg ni dimanfaatkan semaksima, sekhalis yg mungkin..insyaAllah:) Turut ditulis dlm pamplet ini ialah ahdaf(matlamat2) Ramadhan….1)Al-Quran…2)Jannah…3)Maghfirah… 4)Tarbiyah nafs…5)istimrar ‘ala taat ba’da Ramadhan(consistent after Ramadhan)… Semoga dgn segala amalan2 pd Ramadhan kali ini, kita dpt memadam dosa2 kita yg lalu…Ameen…

Then, kitorg pon menasyidkan nasyid yg diberikan bersama-sama(saya tak ingat tajuk nasyid 2 ape)… Kata muzakirah, nasyid ni pon once dinyanyikan, kira kita dah mengungkapkannya lah kan?!…so, kenalah kita mentatbikkan(laksana) apa yg kita dah cakap…hhuhuhu,nasyid pon kena menghayati apa yg dinyanyikan.. xpe,insyaAllah ditatbikkan bersama2… Lepas nasyid, acara diteruskan dgn tarfih… bermacam2 gelagat hadirin dpt dlihat ketika soalan ditanya…semua yg menjawab mandapat hadiah stickers Ramadhan…hehehe…menambahkan koleksi stickers utk ditampal di rumah:)

Next, majlis diteruskan dgn acara khatam Quran…setiap seorang membacakan satu surah bermula Ad-Dhuha hinggalah An-Nas, diselangselikan dgn Laailahaillallah wallahuakbar…Sayu rasanya…Tenang hati mendendangkan ayat2 suci di penghujung Sya’ban ni…Ramadhan bakal menjelma…Doa khatam Quran pun dibaca, menutup acara ini…

khatam Quran

khatam Quran

Finally, acara yg ditunggu2 tiba…membungkus shantah Ramadhan…excited saya bab bungkus membungkus ni…Shantah ini akan diedarkan kpd umat Islam yg memerlukan…antaranya: pelajar2 Malaysia yg x mendapat zakat…dan orang2 arab mesir ni sendiri(mmg ramai orang susah di sini)…Barang-barang utk shantah ini dibeli oleh para hadirin sendiri…ikutlah masing2, nak beli apa..kebanyakannya membeli barang2 keperluan seharian cthnya:minyak, beras, spagetti,gula,garam,tepung,teh, kurma & zibit(raisin)…ada juga yang membeli apricot kering(w/pon agak mahal harganya)…alhamdulillah…semuanya berlumba2 menginfak sempena Ramadhan yg mulia ini…

Mula2, barang2 ini diasingkan mengikut jenis…then setiap shantah dimasukkan barang2 ini serba satu… Kira dalam setiap shantah 2 adalah serba-serbi keperluan …w/pon dalam amaun yg x seberapa…diharap dpt meringankan beban orang yg menerima…Banyak jugak shantah yg dpt dihasilkan…alhamdulillah:)

membungkus shantah

membungkus shantah

 

antara brg2 yg akan dimasukkan ke dlm shantah

antara brg2 yg akan dimasukkan ke dlm shantah

 

shantah2 yg dah siap dan sedia utk diedarkan

shantah2 yg dah siap dan sedia utk diedarkan

Saya xlah membungkus sangat, sebab sebok amek gambar…rasa meriah sgt time tu…hati rasa seronok dalam kesayuan, membantu umat islam lain menempuh Ramadhan yg mulia ini…Bagi kami golongan medic ni, sepatutnya lebih banyak menginfaq…sbb kalau diikutkan kami labih banyak elaunnya berbanding golongan dirasat islamiah…insyaAllah…lagi banyak yg kita dpt, lagi banyak yg kita keluarkan… Alhamdulillah…dgn kenaikan elaun baru2 ini…drp lebih kurang 200USD kpd lbh kurang 400USD, ke jalan infaq sebeginilah kami menzahirkan rasa syukur…walaupon x sebanyak rakan2 di UK or OZ yg elaunnya menjangkau 900euro per month…namun,kalau dinisbahkan dgn golongan dirasat…sgtlah banyak bezanya… Itu kalau dinisbahkan dgn pelajar Malaysia yg berjurusan dirasat islamiyah…Belum lagi dinisbahkan dgn org2 arab mesir ni…lagilah jauh jurangnya…bagai langit dgn bumi!Di sini, kalau susah 2, mmg terlalu susah…Rasanya x jumpa org sesusah org faqir Misr di Malaysia…Corrupt terlalu banyak di Misr ni.. yang kaya semakin kaya…yang miskin terus-terusan miskin…Sakit hati melihat…kasihan….kalau kita bagi derma, mesti org 2 akan doakan kita mcm2…Bagi yg tinggal di Misr, pasti faham keadaan ini….Kerja pon x cukup… Org terlalu ramai…mcm2 kerja diorg buat…sampaikan kerja2 yg x pernah wujud di Malaysia( x pernah terfikir pun sebelum ni) pon ada kat cni…Kitorg Malizia di sini kira kaya jugak la…duit berkepuk2 dalam bank 2…apa salahnya diinfaqkan sedikit duit yg banyak itu…dapat pahala…dapat jugak menggembirakan diorg menyambut Ramadhan ni…insyaAllah…

nasi kerabu utk para hadirin

nasi kerabu utk para hadirin

Finally, setelah selesai membungkus…makanan pon dihidangkan…Nasi Kerabu!hehehe…ganjaran utk para hadirin yg penat membungkus…(penat ke??…hehehe)…seperti biasalah, makan dalam talam…ramai2… mengeratkan ukhuwah,insyaAllah…Setelah selesai, majlis pon ditutup dan hadirin pon bersurai… pulang dgn rasa gembira di hati…menunaikan salah satu hak2 ukhuwah islamiyah…yang tiada sempadan…walaupon insan2 yg dibantu ini tidak dikenali, diharapkan mereka gembira menerima sumbangan kami yg x seberapa ini…Ameen…..

“Innamal mukminuuna ikhwana”

Syudda hillak!


Responses

  1. Ramadhan kareem. selamat menghayati Ramadan!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: