Posted by: Nurul Nazihah | Ogos 6, 2009

Sudah setahun…

Bismillahirrahmanirrahim… Assalamualaikum wbt..

Sudah lama saya tidak menambah isi baru di blog ini.. bukan tiada yg ingin dikongsi, tapi saya bukan jenis yg dpt menulis dalam keadaan kelam kabut. Hari ini, terasa nk share sesuatu, n alhamdulillah lapang pulak malam ni.

Imtihan dah selesai…alhamdulillah.. PMPI pn dah selamat berlangsung.. alhamdulillah…PMPI kali ini mmg banyak mengajar saya pengalaman baru.. juga dapat mengenali akhawat dgn lebih rapat..dapat mandi laut dll… alhamdulillah…

Ummu Atiyah

Ummu Atiyah

Bait Rayyan

Bait Rayyan

SUDAH SETAHUN

apa yg sudah setahun? sedar tak sedar, sudah lebih kurang setahun saya menulis blog ini.. tahun lepas, pada waktu lebih kurang mcm sekarng ni la saya mula menulis.. iaitu waktu Ramadhan hampir menjelang tiba.. Kalau dulu saya mula menulis sbb excited nak share ttg Ramadhan kat sini, sekarang pun sama sahaja.. Cuma bezanya, tahun lalu saya menyambutnya di Mesir, tapi tahun ini di Malaysia..

“Cuma”…bunyinya seperti sekilas sekali perbezaannya..namun saya sedar yg Ramadhan di Mesir dan Malaysia sgt berbeza… Saya stay dan balik agak lewat, cuba mencari dan topup kembali kekuatan berhadapan dgn medan Malaysia… Jangankan nk berdepan dgn orang lain, diri sendiri pun belum pasti sekuat mana di tanah air nanti…

Petang tadi sebelum berbuka, saya sempat ke Darul Da’wah dan Darul Atfal di Mahatoh Misr mencari cenderahati2 utk dibawa pulang ke Malaysia.. Tidak dilupakan membeli poster2 dan fannus2 untuk menghias rumah sempena menyambut Ramadhan…Ahlan Ya Ramadhan!! Barangan yg saya beli utk orang2 Malaysia ialah keychain2 comel dgn kata2 taujihat… sticker2 Ramadhan , dan kutaib2(booklet) Ramadhan… Rasa best pulak kalau dpt share ape yg ada di sini dgn org2 Malaysia…

Berjalan2 lagi mencari brg2, baru teringat nak beli buku hadis matan arba’in.. niat di hati nak mengulang hafazan hadis2 ni di Malaysia nnti… singgah di satu maktabah

“assalamualaikum, ‘aizah matan arba’in” — salam, saya nak matan arba’in

“‘alaikumsalamwbt, nawawiah?” —wslm, nk matan arbain imam nawawi ke?

“aiwa”–ya

“enti ‘aizah el syarah au el matan bass?” –kamu nak syarah atau matannya sahaja

“matan bass” —matan sahaja

ammu(pakcik) itu pun mencari kutaib2 yg ada, lalu menyerahkan kepada saya..

“bi kem” — berapa harganya

“geneh”– segenih(1 egyptian dolar)

“geneh???”

Terkejut saya dgr harganya cuma segenih..masyaAllah murah sekali… di rumah pun ketika membelek2 buku Qawarib Annajah saya tgk harganya cuma 9 geneh… Sememangnya buku2 di sini sgt murah harganya.. Betullah kata org Mesir ni lubuk ilmu..Nak dgn x nak je…

BAHTERA

Sesungguhnya bahtera yg ingin dilayari itu menuntut penumpangnya melengkapi diri dgn pelbagai sifat dan bekalan… antaranya ialah ilmu.. Dan ilmu itu tidak dtg bergolek…kenalah mencarinya..kena selalu dan banyak membaca… saya menyeru DIRI sendiri dan sahabat2 banyakkan membaca… ini kelemahan saya, malas membaca… tapi kelemahan xkan jadi kelemahan selama2nya…diri sendiri yg kena berubah…

Cuti di Malaysia…cabaran paling BESAR yg dihadapi semua ialah MASA LAPANG… maka sebelum pulang lagi dah kena ada checklist dan target ape nak buat di Malaysia nanti… dan insyaAllah kena ikut dan cuba realisasikan target kita tu…insyaAllah…

Ramadhan

Just nak share satu part from poster2 yg saya beli tadi…

Ramadhan :  ‘ilaj qalbaka (rawat hatimu)

mau’id(appoinment) : 24 saa’ah towari (24 jam wad kecemasan)

7 ayyam usbu’an (7 hari seminggu)

Kenangan terawikh di Gami' Ibrahim, Alex

Kenangan terawikh di Gami' Ibrahim, Alex

Sekian, selamat menyambut kedatangan bulan mulia Ramadhan

Marhaban ya Ramadhan

-azarita-

Posted by: Nurul Nazihah | Jun 18, 2009

5S – Propaganda Yahudi

DSC02106

5S – Propaganda Yahudi. Sudah tentu ramai di kalangan kita yang pernah terdengar atau terbaca tentang 5S ini. 5S yang dimaksudkan ialah Song, Spirit, Sex, Sport & Smoke. Jika diamati, sebahagian daripada perkara-perkara ini adalah perkara biasa dalam kehidupan kita sehari-hari. Lalu apa masalahnya? Sesungguhnya, inilah yang dinamakan propaganda, sesuatu yang dicipta dan telah menyusup masuk ke dalam budaya kita, dan menjadi sebahagian daripada hidup kita. Sehinggakan kita merasakan terlalu biasa melakukannya, dan terasa janggal, asing dan kolot sekali untuk meninggalkannya. Benarkah? Baiklah, mari sama-sama kita kupas satu-persatu isu ini.

Song

Concert Stage

Song di sini adakah hanya merujuk kepada lagu sahaja? Semestinya tidak. Ia merangkumi lagu, filem, game, anime dan sebagainya. Dengan kata mudahnya sebarang bentuk media dan hiburan. Timbul persoalan lain. “Ala, takkan tu pun salah? Bukan buat dosa pun..” Memanglah tak salah. Namun, apa-apa perkara pun yang hukumnya harus, bila dibuat secara berlebihan akan membawa mudarat. Kalau terlalu leka dengan hiburan sampai menjadi lalai, mengabaikan ibadat dan pelajaran…itu sudah salah. Usahlah merungut jadi pelajar medik tak cukup masa nak ulangkaji dan tak ada masa nak buat kerja lain (kelas Quran, kelas Arab, tafaquh agama, ziarah sahabat) kalau tengok movie dan main game boleh sampai tengah malam.

Selain berupaya melalaikan kita, majoriti daripada hiburan mengandungi unsur-unsur yang sangat keduniaan, memuja wanita secara berlebih-lebihan, pornografi, keganasan dan lain-lain lagi. Bahkan banyak juga hiburan zaman kini yang tiada motif atau mesej yang ingin disampaikan. Hanya untuk keseronokan semata-mata.Sedar atau tidak, unsur-unsur sebeginilah yang melemahkan jiwa dan ingatan kita. Sehari setitik hitam, lama-lama hitam dan keraslah hati kita. Ilmu itu cahaya, dan cahaya takkan masuk ke dalam hati orang yang berbuat maksiat.

Lihatlah kebijaksanaan Yahudi. Mereka tidak perlu berhabis jutaan wang untuk memangkin industri hiburan di seluruh dunia. Cukup sekadar menjadi perintis (pioneer/initiator) memperkenalkan hiburan dan trend saban hari, seluruh dunia mengikut jejak mereka. Bahkan setiap negara itu sendiri yang akan berhabis mengeluarkan modal untuk memajukan industri ini. Bijak…bijak… Semua ini melahirkan manusia yang hedonistik, yang hanya tahu berseronok, yang tidak ambil peduli hal orang lain, hanya mengira makan minum sendiri sahaja. Usahkan berbicara tentang pembebasan Palestin, Palestin itu apa pun entahkan tahu entahkan tidak.

Spirit

Whiskey

Spirit di sini bermaksud minuman keras yang memabukkan-alcohol/arak. Apa bahayanya alkohol/arak ini? Sirah Sahabiah telah merakamkan betapa bahayanya arak ini. Dikisahkan anak Saidina Umar telah menghadiri satu majlis keramaian. Di majlis itu dihidang arak. Dia dipelawa minum arak itu, tetapi ditolak oleh anak Saidina Umar kerana tahu akan haramnya arak. Rakan-rakannya tidak putus asa dan mempelawanya lagi, sedikit sahaja, kata mereka. Anak Saidina Umar pun minum sedikit dan beliau telah mabuk. Dalam perjalanan pulang, dia telah berzina dengan seorang wanita kafir. Wanita itu telah mengandung dan setelah melahirkan anaknya, dia pergi menuntut haknya kepada Umar. Setelah memastikan kebenaran kata-kata wanita ini daripada anaknya, Umar sendiri yang menjalankan hukuman sebat 80 kali ke atas anaknya. Anaknya yang sedar akan kesalahannya dan telah insaf berulang kali memohon ampun daripada bapanya, namun Umar tetap tegar menyebat anaknya sehinggakan anaknya itu mati di tangannya. Diceritakan Umar telah bermimpi melihat anaknya berjalan bersama Rasulullah kerana dia terlepas hukuman akhirat kerana telah dihukum di dunia.Wallahua’lam.. Lihatlah kenapa Islam mengharamkan arak ini..kerana ia mencetuskan mudarat yang bersambung-sambung dan menjejaskan bukan sekadar diri sendiri malah orang sekeliling kita.

Sebagai pelajar medik juga, sudah semestinya kita lebih arif akan bahaya dan kesan- kesan buruk pengambilan arak ini. Alhamdulillah tiada kes-kes sebegini yang dikenalpasti di kalangan komuniti kita di Alexandria ini. Namun, kita harus ingat yang medan kita bukan di sini, tetapi di Malaysia kelak. Di Malaysia pengambilan arak di kalangan Muslim bukanlah perkara yang asing malah bilangannya meningkat dari semasa ke semasa. Pada ketika inilah posisi kita sebagai doktor memainkan peranannya untuk memperbetul situasi ini baik dari segi fizikal mahupun spiritual.

Sex

Young couple sitting together

Adakah yang dimaksudkan sex ini semata-mata hubungan seks? Tidak kawan-kawan. Malah ia merujuk kepada perkara sebelum seks itu sendiri, yang membawa dan menjerumuskan kita ke arahnya. Firman Allah bermaksud “Janganlah kamu mendekati zina” sudah cukup jelas menghalangi kita daripada hal ini. Unsur-unsur seks diterapkan dalam lagu, filem, iklan, komik, dan lain-lain lagi dan menjadi kebiasaan dalam kehidupan sehari-hari. Perkara ini dilihat universal tanpa ada sesiapa mempertikaikannya.

Selain media, budaya percampuran lelaki dan wanita dikembangluaskan sehebat mungkin tanpa ada batasan dan sempadan. Islam tidak menghalang berikhtilat, namun ada batas-batasnya. Ikhtilat dibenarkan dalam menuntut ilmu, mengubati pesakit, kenderaan awam dan sebagainya. Selebihnya adalah tidak perlu. Sistem pendidikan yang dahulunya diasingkan telahpun digagaskan untuk dicampurkan, sedangkan telah terbukti kualiti dan kecemerlangan sekolah-sekolah yang sama jantina adalah sangat baik. Lihat sahaja contoh-contoh di tanah air kita sendiri. Sekolah-sekolah premier majoritinya sekolah sejenis, STF,TKC, MCKK, STAR dan lain-lain lagi. Lihat lagi pada ma’had-ma’had tahfiz, kebanyakannya diasingkan pelajar lelaki dan perempuan.

Bagaimana kita boleh berasa bongkak melakukan perkara-perkara larangan Allah dan dalam masa yang sama ingin menuntut ilmu milik Allah? Belum dikira lagi nikmat-nikmat yang kita dapat sehari-hari yang sememangnya tak mampu untuk kita membayarnya..

Sports

sports1

Sukan? “Nak bersukan pun salah ke?” Pernah dengar ‘qoute’ ini?- Letak bola sebiji, beribu-ribu orang tak solat Magrib di stadium..

Bersukan hukumnya harus, dan perkara harus kalau dibuat secara berlebih-lebihan atau tidak kena pada tempat dan masanya akan membawa mudarat. Namun jika dilakukan berpada-pada , tiada masalah. Melalui sukan kita dapat menyihatkan tubuh badan kita, dapat mengeratkan silaturrahim, dapat mentadabbur alam dan lain-lain lagi. Maka, pada ketika ini, ia amat digalakkan.

Namun cuba lihat pula situasi ini. Saya tidak melarang, mahupun mengatakannya haram atau salah. Cuma membangkitkannya untuk difikirkan bersama baik buruknya. Kalau sekadar menonton acara sukan di televisyen atau internet, adakah bermanfaat? Bukan tiada, ada. Contohnya mengambil skil-skil baru, menaikkan semangat patriotik dan sebagainya. Namun, cuba nilaikan kembali, berapa peratus daripada kita menonton perlawanan bola sepak dengan 2 matlamat ini. Kebanyakannya menghabiskan masa hampir 2 jam hanya menonton, bukannya bermain sekali mengeluarkan peluh pun. Malah ada yang leka sampai mengabaikan tanggungjawab masing-masing. Kalau semua tanggungjawab sudah diselesaikan, pelajaran sudah diulangkaji, maka terpulanglah.

Smoke

smoking

Smoke di sini merujuk kepada rokok, syisya dan lain-lain lagi bentuk rokok. Sebagai bakal doktor, kita seharusnya lebih arif akan mudarat dan kesan buruk rokok seperti kanser, radang paru-paru, peptic ulcer, impotence dan sebagainya. Merokok bukan sekadar membahayakan diri sendiri malah orang lain di sekeliling kita yang tidak bersalah juga turut mendapat kesan buruk daripada perbuatan kita. Merokok menunjukkan kita tidak bersyukur dengan nikmat kesihatan yang Allah anugerahkan kepada kita. Selain itu, merokok juga merupakan satu bentuk pembaziran. Sedangkan umat Islam adalah yang termundur dan termiskin dalam era kini, namun masih ramai lagi yang degil dan tegar merokok.

Tahukah anda, siapakah yang mula-mula mencipta rokok? Tidak lain dan tidak bukan Yahudi laknatullah. Rokok merupakan ciptaan paling agung dan paling membanggakan bangsa Yahudi. Selain itu, fakta membuktikan, bahawa tiada satupun syarikat rokok di dunia ini yang tidak dipunyai oleh orang Yahudi. Namun,adakah mereka merokok? Tidak sama sekali. Malahan mereka tidak membenarkan perokok menghadiri majlis dan conference mereka. Lihatlah betapa bijaknya mereka mencipta sesuatu yang memudaratkan orang lain, dan betapa tidak bijaknya kita menghisap rokok ciptaan Yahudi itu.

Snack

ars-snacks2a

Ini merupakan S yang keenam yang saya tambah. Snack di sini saya maksudkan sebagai makanan. Yahudi bukan sekadar menyerang kita dengan 5S di atas, malah turut menyerang kita dari aspek yang tidak terduga, makanan. Dunia dan sejarahnya telah menyaksikan bangsa yang bijak adalah bangsa Arab dan bangsa Yahudi. Namun kebijaksanaan dan kegemilangan bangsa Arab itu adalah sejarah. Yang tinggal kini hanyalah kebijaksanaan yang dikaburi dan ditenggelami kemiskinan, corrupt dan kemunduran negara-negara Arab. Walaubagaimanapun,masih wujud  umat Islam yang sedar dan mahu mengubah wajah bangsanya dan masih mampu bergerak walaupun ditekan dari segenap arah. Mereka ini wujud di setiap negara Islam. Kebangkitan yang semakin meluas inilah yang ditakuti Yahudi.

Maka, tidak cukup dengan 5S, mereka menyerang pula dangan S yang keenam-snack/makanan. Pengenalan makanan-makanan segera dan makanan ringan mendapat sambutan hangat seluruh penduduk dunia. Seperti yang kita tahu makanan seumpama ini mengandungi pewarna, pengawet dan perasa yang sangat banyak. Dan kita begitu arif bahawa bahan-bahan ini adalah carcinogen. Selain itu, bahan-bahan ini juga melemahkan ingatan, mengurangkan ketajaman akal, membantutkan tumbesaran dan lain-lain lagi.

Kita lihat sahaja tanah air kedua kita, Mesir bumi kinanah ini. Snack dan ‘jajan-jajan’ begitu banyak sekali dijual di kedai-kedai. Fenomena ini baru sahaja berlaku dalam 5-6 tahun kebelakangan ini. Sebelum itu, tiada pun seumpama hari ini. Produk pertama yang diperkenalkan di Mesir ialah Syibsi, yang kita tahu produk boikot. Cukup menjadi perintis, tanpa perlu disuruh syarikat-syarikat Mesir sendiri turut sama rancak manghasilkan produk serupa dek kerana sambutan yang sungguh luar biasa. Hasilnya semua orang sudah menjadikannya makanan asasi. Pelajar-pelajar Malaysia di sini turut tidak ketinggalan menerima tempiasnya.

Sesungguhnya, untuk melawan musuh, kita harus mengenal pasti senjata-senjata yang dilontarkan ke arah kita.  Paling penting bagi kita adalah untuk kembali kepada fitrah, kembali kepada Quran dan sunnah. Kerana Quran dan sunnah adalah pegangan kita, dan satu-satunya yang diwariskan Nabi untuk kita. Dan sedarlah, Islam tidak akan tertegak melalui umat yang asyik dan leka, yang senang lenang tidur lena, yang hanyut membuat dosa dan noda  & yang tidak menjaga diri dan hawa. Marilah sama-sama memperbaik dan mengislah diri sendiri agar kita layak untuk menjadi sebahagian daripada generasi yang akan membebaskan Palestin tanah wakaf kita.

Wallahua’lam..

~Scent of Palestine, Scent of Jannah~

visit http://palestineevergreen.blogspot.com/

-azarita,alex-

Posted by: Nurul Nazihah | Jun 10, 2009

Keadilan Umar Al-Khattab

94_DromedaryCamel-On_desert

Kisah 1

Di negeri Mesir, seorang anak Mesir main2 lumba dgn salah sorang anak Amru Al-Asr (pembuka kota Mesir). Dalam perlawanan tu anak Mesir telah menang. Maka, anak Amru rasa tercabar/marah, lalu dia telah memukul anak Mesir itu sambil berkata, “Ana ibnul akramin” (Aku anak org yg mulia)…

Maka, anak Mesir tadi pun pergilah ke Madinah mencari Khalifah Umar. Setelah berjumpa, dia pun mengadu akan hal ini. Selesai mendengar aduan anak Mesir itu, Umar memerintahkan anak Amru datang ke Madinah. Setelah menyoal dan mendengar jawapan anak Amru, ternyatalah kebenaran aduan anak Mesir itu.

Seterusnya, dipanggil berdiri kedua2nya di hadapannya. Diperintahkan anak Mesir itu memukul kembali anak Amru, sambil Umar berkata, “Idrob ibnul akramin” (pukullah anak orang yg mulia itu). Bahkan ketika itu Amru Al’Asr hadir menyaksikan perkara tersebut. Umar berpaling ke arah Amru seraya berkata, “Wahai Amru, bagaimana kamu semua menjadikan orang2 lain sebagai hamba sedangkan dilahirkan mereka oleh ibu2 mereka merdeka?”

Kisah 2

Suatu hari, Umar berdiri di atas mimbar Masjid Nabi sambil menyampaikan khutbah melarang/tidak menggalakkan meninggikan mahar. Dan datang seorang wanita muslimah berkata, “Adakah setelah Allah memberikan kami mahar, dan kau menghalangnya Umar?”

Berkata kembali Umar, “Apakah ia?”…..Kemudian wanita itu membacakan firman Allah dari Surah Annisa’ ayat 20  yg bermaksud, “Dan jika kamu ingin mengganti isterimu dgn isteri yg lain, sedang kamu telah memberikan kepada seorang drp mereka harta yg banyak,maka janganlah kamu mengambil balik sedikit pun darinya. Apakah kamu akan mengambilnya kembali dg jalan tuduhan yg dusta dan dgn menanggung dosa yg nyata?

Dan terdiam Umar seketika, mengamati ayat itu, dan mendapati dia telah silap. Dan Umar berkata kepada seluruh manusia yg mendengar khutbah itu, “Telah salah Umar, dan benarlah wanita ini.”

Kisah 3

Telah datang seorang lelaki dari negeri Farsi(Iran) ke Madinah. Beliau hendak bertemu dgn amirul mu’minin Umar. Ketika sampai ke Madinah, beliau bertanya ttg Umar. Diberitakan kepadanya Umar pergi berehat seketika bawah pokok yg khas untuknya. Lelaki itupun pergilah mencari tempat yg dimaksudkan itu.

Didapatinya, Umar berbaring bawah pokok dan tidur dgn begitu nyenyak sekali. Maka berkata lelaki itu, ” ‘adalta, fa aminta, fanimta ya Umar.” (telah engkau adil, telah engkau amanah, maka tidurlah wahai Umar)…

Sesungguhnya Umar melihat dirinya bertanggungjawab ke atas pimpinannya, pada hari di mana tidak bermanfaat harta dan anak2 kecuali bagi org2 yg mengikuti Allah dgn hati yg salim(sejahtera). Dan Umar begitu menitik beratkan hal ini sehingga lahir dari lisannya, “Sekiranya ada binatang terjatuh di Iraq, aku akan ditanya ttg nya di akhirat kelak.”……..

—————————————————————

Cerita di atas merupakan petikan drp buku kelas arab mustawa sittah (6)… Saya direct translate about 95% of the original copy… Kalau bahasa agak x best, ma’alisy la… sbb bahasa arab ni kalau translate x best sgt…huhuhu… sbb bahasa dia kaya…. Alhamdulillah imtihan akhir mustawa pun dah selesai (mmg mencabar minda dan emosi)… insyaAllah bersambung kelas arab naik thn 4 nnti….

Actually banyak pengajaran yg boleh diambil drp kisah Saidina Umar ni…

Pengajaran kisah 1

Keadilan tu utk semua org, x kisahlah kalaupun melibatkan org2 besar… Amru adalah org besar Mesir ketika tu…tapi itu x bermakna dia atau saudara dia boleh buat silap sesuka hati… Sewaktu Umar hukum anak Amru, Amru ada bersama….tapi Umar x hesitate pun..even Amru tu sahabat Umar…

Pengajaran kisah 2

Tentang mahar kahwin..di sini, bukanlah niat Umar nak menidakkan pemberian Allah pada kaum hawa…Umar menyarankan agar mahar diturunkan supaya lebih mudah kaum adam nak kahwin… Segera berumah tangga bila dah mampu tu tuntutan agama, demi mengelakkan fitnah dan zina… Namun, bila ditegur oleh seorang wanita, rakyat biasa….Umar berani mengaku kesalahannya… Sedangkan dia Khalifah! Bayangkan kita yg biasa2 ni, pernah terbayang x kita menegur PM ke, President Mesir ke, dll….huhu

Bagi kaum hawa, Allah berikan hak mahar ini kepada kita… Tapi kalau nak mahar yg nilainya rendah pun x mengapa…nak nilai tinggi pun xpe… Saidatina Fatimah r.a pun cincin kahwinnya cuma drp besi, bukannya emas permata pun…

Pengajaran kisah 3

(Sebenarnya dlm buku arab saya tu, selepas petikan citer ni, ada syair pasal kisah 3 ni….menarik sgt…some of the points I mention here is from the syair)

Kagum dgn kezuhudan Umar, Si Khalifah… hanya tidur berehat di bawah pokok…. Utusan Farsi membandingkan dgn Raja2 & pemimpin Farsi… Mereka tinggal di istana, yg dikawal rapi oleh hulubalang2… Sedangkan Umar nyenyak tidurnya hanya di bawah pokok…Dengan pakaian yg lama… Umar tidur dgn aman sekali tanpa perlu risau sesiapa akan menganiaya nya… Ini kerana beliau memerintah dgn adil dan saksama….Tiada siapa pun yg rasa dizalimi n sakit hati dgn Umar… Berbeza sekali dgn pemimpin2 zaman sekarang…huhu

Sekian, semoga mendapat manfaat drp pembacaan anda… Rabbuna yusahhil… Syudda heilak!!

wassalam

-azarita-

Posted by: Nurul Nazihah | Mei 27, 2009

Sejahteralah Al-Quds!!

http://www.youtube.com/watch?v=kYgj7MOU8Xg&feature=related

Islami Ya Quds! (Sejahteralah Al-Quds!)

1807009462_0b02d6ec45

Islami ya qudsu innalil fida’ (Sejahteralah engkau wahai Quds, sungguh demi pengorbanan)

lil yadii in ma’datid dunya yada (Kami mempunyai kekuatan, jika dunia megerahkan kekuatan)

Abadan lan astakini abada (Selamanya kami tak akan menyerah, selamanya)

innani arju ma’a yaumi ghada (Aku berharap bersama hari ini ada hari esok)


Huwa ma’i qalbi wa’azmi lil jihad (Bersatu hatiku dan tekadku untuk berjuang)

La amiilu la amalu la aliin (Aku takkan melencong, takkan jemu, takkan melunak)


Laki ya… Qudsu salaman wa salama ya bilaadi (Untukmu Quds sejahtera dan sejahteralah, wahai negeriku)

In rama baghyus sihaama attaqiha bi fuaadi (Jika penjahat menembakkan anak peluru , Aku menjaganya dengan hatiku/dadaku)

Waslami fi kulli hiin (Sejahteralah engkau sepanjang masa)


Muslimun ana banaani man bana (Muslim aku, jemariku adalah yang membangun)

Masjidal Aqsal lazi ‘ayantana (Masjidil Aqsa yang telah engkau tentukan)

Wakhfatus sokhroti fima bainana (Berdirinya Sakhrah di tengah kami)

Bi wuqufid dahri waqfati ana (Sepanjang masa, tempat aku berdiri)


Lil kifaahi waljihadi lilbilaad (Untuk perjuangan dan jihad membela negeri)

La amiilu la amalu la aliin (Aku takkan melencong, takkan jemu, takkan melunak)


Laki ya… Qudsu salaman wa salama ya bilaadi (Untukmu Quds sejahtera dan sejahteralah, wahai negeriku)

In rama baghyus sihaama attaqiha bi fuaadi (Jika penjahat menembakkan anak peluru , Aku menjaganya dengan hatiku/dadaku)

Waslami fi kulli hiin (Sejahteralah engkau sepanjang masa)


Lil ‘ula abna’a alQudsi lil ‘ula (Demi kemuliaan wahai putera puteri alQuds, demi kemuliaan)

Wa biQudsi syarri fil mustaqbala (Dengan Quds ku, jayakanlah masa hadapan)

Wa fidalli qudsi liddunya falaa (Tebusan untuk Quds, bukan untuk dunia)

Ad’ul Islama lillah awwala (Aku posisikan Islam hanya untuk Allah)


Jaanibal aisaaru qalbuhul fuaad (Di samping kiri adalah jantung hatinya)

Wa bilaadi hiya bijanbil yamiin (Dan negeriku berada di samping kanannya)


Laki ya… Qudsu salaman wa salama ya bilaadi (Untukmu Quds sejahtera dan sejahteralah, wahai negeriku)

In rama baghyus sihaama attaqiha bi fuaadi (Jika penjahat menembakkan anak peluru , Aku menjaganya dengan hatiku/dadaku)

Waslami fi kulli hiin (Sejahteralah engkau sepanjang masa)

Scent of PALESTINE, Scent of Jannah~~  http://www.palestineevergreen.blogspot.com/

~~Di samping kiri adalah jantung hatinya…. Dan negeriku berada di samping kanannya~~

Posted by: Nurul Nazihah | Mei 22, 2009

Engkau ingin berjuang?

Engkau ingin berjuang , tapi tidak mampu menerima ujian,

Engkau ingin berjuang, tapi rosak oleh pujian,

Engkau ingin berjuang, tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan.

Engkau ingin berjuang, tapi tidak begitu setia kawan,

Engkau ingin berjuang, tapi tidak sanggup berkorban,

Engkau ingin berjuang, tapi ingin jadi pemimpin,

Engkau ingin berjuang, menjadi pengikut agak segan.

Engkau ingin berjuang, tolak ansur tidak engkau amalkan,

Engkau ingin berjuang, tapi tidak sanggup terima cabaran,

Engkau ingin berjuang, kesihatan dan kerehatan tidak sanggup engkau korbankan.

Engkau ingin berjuang, masa tidak sanggup engkau luangkan,

Engkau ingin berjuang, kerenah isteri tidak kau tahan,

Engkau ingin berjuang, rumah tangga lintang pukang,

Engkau ingin berjuang, diri engkau tidak engkau tingkatkan.

Engkau ingin berjuang, disiplin diri engkau abaikan,

Engkau ingin berjuang, janji kurang engkau tunaikan,

Engkau ingin berjuang, kasih sayang engkau cuaikan,

Engkau ingin berjuang, tetamu engkau abaikan.

Engkau ingin berjuang, anak isteri engkau lupakan,

Engkau ingin berjuang,  ilmu berjuang engkau tinggalkan,

Engkau ingin berjuang, kekasaran dan kekerasan engkau amalkan.

Engkau ingin berjuang, rasa bertuhan engkau abaikan,

Engkau ingin berjuang, iman dan taqwa engkau lupakan,

Yang sebenarnya, apa yang engkau hendak perjuangkan?

Lagu: Engkau ingin berjuang?

Link : http://www.youtube.com/watch?v=xWEBMWTgnpU&feature=channel_page

Saya ingin berjuang? Anda ingin berjuang? Kita ingin berjuang?

-azarita-

Posted by: Nurul Nazihah | Mei 12, 2009

Sejadah cinta

sujud

Sejadah Cinta

Desir daunan dihembus bayu

Sayu kedengaran memecah hening

Tersentakku dari tidur yang lena

Pantas ku syukuri nikmat hidup sementara

Kugagahi langkahkan kaki

Sucikan diri bertemu Ilahi

Sedang yang lain diulit mimpi

Aku sendirian sujud harap keampunan

Titisan air mata membasahi pipi

Mengenang dosa ku yang mengunung tinggi

Getarnya hati jiwaku merintih

Bimbangku oh taubatmu kan tertutup tanpa ku sedari

Ya Allah Tuhanku maafkan daku

HambaMu menyerah padaMu

Dikaulah Tuhan tempat ku mengadu

Tunjukkan daku jalanMu yg lurus

Ampunkanku….

Kukesali dosa-dosaku hatiku menyeru memohon redhamu ya Allah

Lagu: Sejadah Cinta

Penyanyi : Varian

Posted by: Nurul Nazihah | Mei 12, 2009

Mak..selamat hari ibu!!

This song is specially dedicated to mak…

belaian ibu

Lagu: Belaian Ibu

Penyanyi : Hijjaz

Tertanam naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Oh… ibu

Di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang
Sejujur pengorbanan
Tak ku nafikan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Kau insan penyayang
Betapa ku merindu
Lembutnya belaian ibu
Membuatku terlena

Di wajahmu berolak tenang
Debar di dada kau rahsiakan
Ku pastikan dikau aman
Dikurnia sejahtera
Tak ku lupakan

Tiada aku tanpa ibu
Hanya (kau) satu didunia
Bertakhta dikau dijiwaku
Kau lah ibu yang tercinta

Kau insan pengasih
Betapa aku mengharap
Hadirnya restumu ibu
Membawaku ke syurga

Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu
Oh… Ibu

Mak, angah minta maaf banyak2 segala salah silap selama ni…thanx for everything~~ Cant wait to see you this summer…

maksu, mak, saya ~~ sebelum datang Egypt

maksu, mak, saya ~~ sebelum datang Egypt

Rabbighfirli wa liwaalidayya warhamhuma kama rabbayaani soghiira~~

-azarita-

Posted by: Nurul Nazihah | Mei 4, 2009

Pemuda Kahfi

Pemuda kahfi

Pemuda Kahfi-Izzatul Islam

Dimana dicari pemuda Kahfi
Terasing demi kebenaran hakiki
Dimana jiwa pasukan Badar berani
Menoreh nama mulia perkasa abadi

Umat melolong di gelap kelam
Tiada pelita penyinar terang
Penunjuk jalan kini membungkam
Lalu kapankah fajar kan datang

Mengapa kau patahkan pedangmu
hingga musuh mampu membobol bentengmu
Menjarah menindas dan menyiksa
Dan kita hanya diam sekadar terpana

Bangkitkan negri lahirkan generasi
Pemuda harapan tumbangkan kedzaliman

Wajah dunia Islam kini memuram
Cerahkan dengan darahmu
Panji Islam telah lama terkulai
Menanti bangkit kepalmu

Allahu Akbar!!

Posted by: Nurul Nazihah | Mei 4, 2009

Of Malam Kembara Al Quds , MKKI and BOOM…

Bismillahirrahmanirrahim… Assalamualaikum….

Its been a long time since my last post. Mcm2 nak tulis n share kat sini ; events, hasil bacaan, thaqofah dll. Tapi x berkesempatan… This post saya rangkumkan event2 besar kat Alex ni… which were Malam Kembara AlQuds, MKKI & BOOM..

1) Malam Kembara AlQuds ini adalah anjuran Unit Pembangunan Insan Akhawat, bertempat di aras bawah Asrama MARA. Bertemakan ‘Maza ba’du?’ – Apa selepas ini? saya rasa bertepatan sekali dgn sasaran pengunjung iaitu warganegara Malaysia, Alex Uni, Faculty of Medicine. Sebagai golongan muda, bukan hanya pengetahuan & kesedaran yang diperlukan, malah cara  bagaimana membantu & bertindak menghadapi isu ini dalam kehidupan seharian yang lebih utama… Majlis berlangsung begitu meriah sekali, dgn sambutan yang memberansangkan. Bermula dgn tazkirah, tygn video, pameran, persembahan drp setiap tahun , permainan, dan jualan, Persembahan sgt menyentuh hati, esp tahun 2… Motif yg dibawa sgt realistik dan terkena dgn diri sendiri. Ramai jugalah yg menangis tgk persembahan ni… Pertandingan pula sgtla  kreatif.. ada bowling, teka peta , n teka brg2 boikot… penyertaan 25 sen. sambil main, tambah pengetahuan , sambil menderma….so sweet… Selain itu, Alex YE dgn mottonya ” Di mana ada orang ramai di situ ada kami, Di mana ada kami di situ ada orang ramai” hehehe… begitu cemerlang di meja jualan. Ada brg2 Palestin (mafla, pen, bookmark) ada dedication muffin Palestin…. huhuhu.. Tahniah la kepada semua yg terlibat secara langsung ataupun tak… Mabruk!!

bowling- strike the devils

bowling- strike the devils

How well do you know Palestine?-teka peta Palestin

How well do you know Palestine?-teka peta Palestin

Gerai Alex YE

Gerai Alex YE

Muffin Palestine

Muffin Palestine

replika Masjidil Aqsa

replika Masjidil Aqsa

2) MKKI – Minggu Kesenian & Kebudayaan Islam , anjuran Unit Sukan & Aktiviti Luar Akhawat , bertemakan Iman- Intelek-Inhijab, telah selamat dijalankan selama seminggu bermula 11-18 April 2009.  Lagu tema : Puteriku Sayang (Hijaz & Mestica)…. Minggu dimulakan dgn pertandingan kuiz terkumpul berkisar tokoh2 wanita Islam dan pertandingan khat. Khamis malam pula diadakan Malam Busana Muslimah , Talk Show dan pertandingan gubahan hantaran perkahwinan… Jumaat pagi pertandingan aerobik dan jualan Alex YE. Sabtu malam – Malam Penutup dan Pertandingan Nasyid.

Untuk pertandingan kuiz, khat & nasyid, penyertaan menyumbang markah kpd lecture masing2.. so, pertandigan2 inilah paling bnyk penyertaan… berbakat rupa2nya akhawat alex ni…. agaknya pening Ust Ishak nak pilih pemenang khat.. Gubahan pula… speechless saya katakan… dahla banyak betul penyertaan y diterima… mana x nya, satu lec boleh hantar lebih dari satu wakil(terdiri drp 2-3 org), satu wakil pula hantar sampai 2-3 hantaran. huhuhu … penuh meja hantaran malam tu… dahlah cantik2 belaka… dah mcm majlis kahwin mlm tu..huhuhu….kreatif2 semuanya, ada buat manisan, pulut kuning, kek, yg gubah sejadah, labcoat, kasut, handbag, cosmetics, chocolates, mcm2 lagi lah….kiranya, kalau ada yg nk kahwin, bab hantaran dah tamam…hehehhe…

Bagi pertandingan2 mega yg lain (busana, aerobik, nasyid)…saya kagum dgn semangat yg ditunjukkan oleh semua peserta…dalam kesibukan(assignments, thn 2 exam pulak, dll), semua masih semangat berlatih, sampai demam2 pon ada sbb teruk sgt berlatih… ;)   Nak buat sc pon xde org sbb sume sibuk berlatih…hehehhehe…. Persembahan korang2 memang havoc la…chayok2!!

Selain pertandingan, pihak penganjur juga menyediakan santapan mata dan hati utk para peserta… Santapan hati ygdimaksudkan ialah Talk Show dgn 3 objektif utama – hijab, ikhtilat & hiburan… 3 perkara ini mmg perkara yg berkait rapat dgn hidup kita sehari2… Actually pihak penganjur ada menyediakan video survey di klgn stdents Alex U pasal 3 perkara ni…Ingatkan nak upload kat youtube…rasanya bermanfaat utk semua org, huhu tapi adik2 thn 1 shooting kat asrama, so ada yg bertelekung n x brp proper pakaian…maka, jadilah video tu eksklusive hanya utk akhawat2 alex yg tercinta ini..huhhu… Harap semua mendapat manfaat drp talkshow  pamplet yg disediakan… Persembahan pula bagi saya sgt2 best..huhuhu… Tarian, silat, gimik, pentomin, nasyid, multimedia… Tahniah kepada yg menjayakannya… Semua pun mempunyai mesej tersendiri(siap ada yg menangis tgk pentomin…)…

Sesungguhnya Islam tidak melarang kita berseni dan berbudaya, apatah lagi Bangsa Melayu kaya dgn adat2 dan budaya2 yg halus dan cantik…Islam itu sendiri penuh dgn seni2nya… Islam juga sukakan kecantikan dan menganjurkan umatnya mengekalkan tradisi tetapi tetap menjaga batas2nya…. X salah nak berhibur, menyanyi, dll asalkan dibuat kena pada tempatnya, tidak melalaikan dan memberi manfaat kepada kita… insyaAllah…

Selain itu, saya amat2 menghargai akhawat2 nye understanding… bila saya katakan, gambar2 majlis esp yg nampak tabarruj etc itu eksklusive hanya utk akhawat, gambar yg dibenarkan pun gambar ramai2, kalau nak letak gambar yg jelas setiap org pon kena mintak izin org tu dulu….maka..rata2 fs , fb or blog hanya ada gmbr ramai2 dgn hadiah, x pun gambar sorg diri, xpungmbr  dewan yg cantik tu… huhuhu….thanx a lot for being understanding, for urselves n for ur akhawat ….

B4 majlis berakhir, semua berdiri ramai2 nyanyi lagu tema- still ada yg menangis(sensitive akhawat2 kita ni…hehehhe)

Finally, harapnya objektive majlis tercapai, moga dapat diperbaik pada tahun2 akan datang…. pada ajk2 MKKI jutaan terima kasih & penghargaan x terkira…atas penat lelah kalian… maaf kalau terkasar atau terlukakan hati… maaf sgt2… Hanya Allah yg membalas jasa antunna –Ni’ma ajrul ‘amiliin…

Tahniah buat semua akhawat yg menjayakan majlis ini, sama ada sbg ajk, peserta, supporters, juri, kira undi… Mabruk ‘alaikum!!!

poster-mkki-akhawat-20091

persiapan Malam Busana & Talk Show

persiapan Malam Busana & Talk Show

belon2 Malam Busana

belon2 Malam Busana

Malam kemuncak

Malam kemuncak

penyampaian hadiah

penyampaian hadiah

once I took the mic..

once I took the mic..

ramai2 nyanyi lagu tema

ramai2 nyanyi lagu tema

3) BOOM- Blooming Out Of Mediocrity anjuran PERUBATAN CAWANGAN ISKANDARIAH bertemakan Nurturing Outstanding Muslim Doctors- Because Muslims were born Outstanding. Program untuk mencungkil, mengasah, menggilap bakat2 terpendam students2 Alex Uni… Kalau tak digilap, maka kekal lah berhabuk dek debuan pasir2 mesir ini..huhuhu….antara aktiviti yg dijalankan- LDK, kuiz, debate, public speaking, persembahan, talk show, forum.. X sangka ramai yg berbakat rupa2nya… yg mungkin selama ini tersembunyi atau tenggelam dgn nama2 famous yg lain… ini kira stepping stone la utk maju ke hadapan lagi, insyaAllah…

Saya? huhu..bukanlah peserta, tapi jadi faci… group yg bertuah dpt saya jadi faci itu x lain x bukan group 5- ArRazi~~ X lain x bukan yg menang 1st place debate, x lain x bukan yg dpt best debator, x lain x bukan yg 1st place public speaking, x lain x bukan yg sgt smgt dlm pertndgn2 lain even x mng, finally…x lain x bukan yg jadi BEST GROUP…. hehehehe ….maaf hiperbola sikit ;) Mabruk ‘alaikum… Mabruk juga group2 lain…. yg semuanya semangat, pakai baju warna sama la, cheer la, banner la, mcm2 lagila… hopefully semangat itu x berakhir dgn berlabuhnya tirai BOOM ini… bukanlah kemenangan itu yg menjadi matlamat utama, tetapi mesej dan pembangunan diri itu yg lebih utama… semoga mendapat manfaat drp pgrm ini….

Psl talkshow, rasa sgt2 bertuah dpt dgr from org2 hebat drp Mesir n Malaysia… sgt sarat dgn info, kesedaran, yg begitu baik sekali digarap, hinggakan mengalir air mata daripada hati2 yg dah lama x menangis… aduhai….

makan aiskrim sama2

makan aiskrim sama2

malam bermerah2

malam bermerah2

Tahun ni sgt berjodoh dgn paan~~ dialah adik sc, dialah ajk MKKI, dialah group BOOM...paan paan~~

Tahun ni sgt berjodoh dgn paan~~ dialah adik sc, dialah ajk MKKI, dialah group BOOM...paan paan~~

Overall….Alfu Mabruk kpd semua warga PCI yg menjayakan semua pgrm yg telah disebutkan…

Syudda heilak!!!

-azarita, iskandariah-

Posted by: Nurul Nazihah | Februari 18, 2009

I believe I can fly…

Assalamualaikum…

Fatrah exam mmg menguji…kadang2 rasa mcm xde perasaan je…dah immune ke?resistant? kadang2 takut dgn diri sendiri… usaha n effort utk berusaha x begitu baik…tapi, alamdulillah selalu Allah tolong time jawab exam… bukanlah nak kata yakin jwb betul, tapi mcm syok sendiri (mcm best) je time jawab. Takut sbb rasanya, effort x brp sepadan dgn nikmat yg saya dpt…takot membawa kepada kelalaian(kekurangan baca bukuan) pada masa akan dtg… Takot bajet best (x baca sgt pon boley hentam mcm betul je)…Tapi kata2 seorg ukhti menyedarkan saya “maksudnye jojie  dan org2 yg mcm jojie ni kena tambahkan rasa syukur la,selalu bersyukur dgn nikmat yg Allah bagi” …mmm benar sekali… syukur Alhamdulillah….

Tapi alhamdulillah…semenjak 2 menjak ni saya dah terpengaruh dgn atie n da geng utk g library… (walaupun ramai mcm terkejut saya g lib) ;) ngeh3 … tidaklah seharian saya di library dpt khatam satu buku (maximum pon 20+ pages), tapi better la drp duduk rmah…bnyk sgt distraction (laptop,internet,makan,tdo)… pernah saya mengungkapkan pada seorg ukhti ” kerana Cinta harus diupayakan, Cinta padaNya melalui ILMU Nya” … So, nak mengupayakan diri kenalah lari drp inhibiting factor yg sgt bnyk kat rumah … :)

accessories utk study

accessories utk study

Semalam teringat lagu “I believe I can fly”

953893969_93558c463e

If I can see it, then I can do it
If I just believe it, there’s nothing to it

I believe I can fly
I believe I can touch the sky
I think about it every night and day
Spread my wings and fly away
I believe I can soar I see me running through that open door                I believe I can fly “

You believe I can fly??  Do I myself believe I can fly? well..This is just a song…biasalah lagu ada metaphore sket… the message is if u believe, than u can do it…bnyk lagi English song yg ckp psl believe ni…

Saya setuju -bahawa kita kena percaya sesuatu, then only we can work towards it.. TAPI… ada tapinya..

Kalau bagi non muslim, they only have themselves to believe and to put on hopes … and by this strong believe, they work and succeeded… Tapi bagi kita ,Muslim kita ada sesuatu yg lebih Besar dan Berkuasa, yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang utk kita bergantung harap dan meletakkan sepenuh pengharapan dan kepercayaan.. Dialah Allah yg Maha Agung… Bekerja, study, berusaha utk diri sendiri atau manusia lain, jika gagal di pertengahan, kita akan kecewa.. jika x mencapai ukuran manusia, kita akan rasa rasa down… Namun jika dimatlamatkan dan disebabkan usaha itu kerana Allah…insyaAllah…rasa redha n tawakkal itu akan dtg sendiri… Memanglah mudah utk diucapkan atau ditaip… tapi inilah hakikatnya… Bergantung harap pada manusia…manusia pun tak selamanya setia dgn kita dan masalah kita… Mereka pun punya hal dan masalah masing2…Namun bergantung harap dan mengadu pada Allah… Allah xkan pernah jemu mendengar keluhan kita…Allah xkan pernah letih mendengar masalah kita… bahkan Dialah yg menyediakan jalan keluar bagi kita….

Maka …Muslim ada perkara yg lebih berbanding non Muslim…

1- Allah sebagai punca kekuatan kita

2-strong believe which will then be a strong stimulant for us to work

Doa-usaha-tawakal-redha—> Najah, insyaAllah fi dunia wal akhirah…..Ameen

“Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah nasib mereka sendiri”

Rabbuna yunajjah fil imtihan….Syudda heilak!!


Kiriman-Kiriman Sebelumnya »

kategori